5 penyelesaian kewangan

Penyelesaian kewangan penting untuk bebaskan diri kita dari masalah hutang dan stress. Kita akan stress bila tanya pasal kewangan dan duit. Apabila kita kenal dengan masalah kewangan kita maka kita mampu untuk menyelesaikan masalah kewangan kita.

Mengenal pasti kedudukan kewangan kita adalah penting untuk memperbaiki matlamat kewangan pada masa akan datang. Setiap tahun matlamat kewangan kita sentiasa berubah. Jadi 5 penyelesaian kewangan kita boleh lakukan.

1) Semak sentiasa aliran tunai kita.
Dengan menyemak aliran tunai kita, kita akan mengetahui wang masuk dan keluar secara sistematik. Kita boleh mencorak perbelanjaan kita dan mengawal sikap berbelanja.

2) Memberi keutamaan untuk diri sendiri.
Bayar diri kita sebaik sahaja kita menerima gaji. Sekurang2nya 10% dari gaji bulanan kita. Kita akan tingkatkan lebih dari 10% dengan mengambil kira kadar inflasi. Lagi mudah jika kita membuat auto debit ke akaun simpanan supaya ia lebih teratur dan berterusan.

3) Uruskan hutang kita dengan bijak.
Senaraikan hutang kita mengikut urutan jumlah ansuran, baki hutang, kos pinjaman dan tempoh bayaran. Kita lunaskan dahulu hutang yang mempunyai faedah yang tinggi. Percayalah sekali hutang dilunaskan senang untuk kita lunaskan hutang seterusnya.

4) Tingkatkan pelan pelaburan.
Selepas selesai lunaskan satu hutang, jangan sesekali menambah hutang tapi sebaliknya mencari pelaburan jangka masa panjang. Contohnya, unit trust atau emas. Cari dan timba ilmu tentang pelaburan atau rujuk pakar kewangan untuk memastikan produk pelaburan yang bersesuaian.

5) Bersedekah.
Untuk mendapatkan keberkatan duit kita. Kita perlu bersedekah. Paling dekat ahli keluarga kita lebih2 lagi emak ayah kita. Hulurkan duit atau barang2 dapur yang penting ia adalah wang gaji kita yang halal. Baru dapat keberkatan dan in sya Allah rezeki bertambah2.

Jalan penyelesaian kewangan ini memang terkenal bila ditanya untuk resolusi kewangan. Pergilah tanya pakar kewangan paling utama mereka katakan adalah hutang. Ingat jangan sesekali menambah hutang kita akan merana sampai bila2. Moga dengan 5 penyelesaian kewangan ini membantu anda mengorak langkah di tahun 2017 ini.


Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain