Selamat tinggal 2016. Selamat datang 2017..

Salam...
Beberapa hari lagi nak menginjak tahun baru. Cepat sungguh masa berlalu. Tahun 2016 ditinggalkan dengan kenangan penuh bermakna. Banyak masam manis pahit masin yang berlaku. Semua nya di telan habis.

Bersyukur sebab mampu bertahan dengan dugaan yang menimpa. Dugaan yang menimpa digantikan dengan kemanisan yang paling indah pernah dilalui dalam tahun 2016.

Sedikit coretan 2016 yang berlaku dalam hidup ini. Alhamdulillah, hutang bank setel, pelaburan sedikit, bonus yang banyak, setel hutang ptptn diploma, maintain bayar ptptn dan bahagia dengan pekerjaan.

Ok, azam 2017. Mahu menyelesaikan sedikit lagi hutang, buat sedikit pelaburan, sedikit simpanan, dan berbakti pada mak ayah & keluarga. In sya Allah.

Semoga tahun 2017 ini lebih bermakna dari tahun 2016. Mungkin jodoh makin kuat. Mana tahu. Hehehe. Kita jumpa tahun depan. Selamat datang 2017...

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain