Pertandingan yang membantu Alam

Bersarapan sambil membaca akhbar. Menjadi tabiat normal setiap manusia. Terpana melihat tajuk akhbar berita harian hari ni. Pertandingan mengutip sampah. Pertandingan yang bagus untuk alam sekitar dan masyarakat.

Mengajar kita untuk menghargai alam sekitar dalam masa yang sama membersihkan sungai. Sepatutnya dari dulu lagi patut dibuat pertandingan ini. Lagi bagus menjadi acara bulanan. Sebab saban hari sampah banyak. Itu yang menjadi punca banjir kilat, longkang tersumbat dan air melimpah tatkala hujan.

Lagi bagus kalau ia disertai legasi syarikat2 besar yang melakukan sosial aktiviti. Menjadi satu medium untuk syarikat membantu negara menguruskan sampah. Lebih2 lagi syarikat yang memberi banyak sampah. Kebiasaannya syarikat makanan dan pasaraya. Kerajaan pun mana mampu melainkan syarikat2 besar sendiri yang turun padang lakukan aktiviti yang seumpama ini.

Moga lebih banyak lagi aktiviti ini dijalankan..

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain