Pengalaman makan di KYOCHON 1991

Salam ukhwah,
Berkongsi cerita semalam, ini pengalaman pertama makan di restoren korea pilihan yang kedua. Sebelum selalu makan di dubuyo.

Kyochon ini lebih kepada ayam sebagai menu utama. Ia didatangkan 3 perisa utama. Soy garlic, red pepper, honey. Sebagai peminat pedas, pilihan lebih kepada red pepper.

Bila makan sekali ngap, pergh sedap memang tak terkata. Bila dah lama2 kepedasan terasa. Macam makan ayam cicah sambal. Memang sedap pedas. Yang best nyer ayam ini kita boleh memilih bahagian ayam yang kita gemar. Bahagian wing atau paha atau seekor ayam.

Selain itu, ia didatangkan dengan menu pilihan lain. Seperti nasi steam, nasi goreng ayam, nasi goreng kimchi dan macam2 lagi. Nak tahu sila ke kyochon.

Restoran ini hanya ada 4 outlet saja di Malaysia. Masih baru lagi. Anda boleh cuba di one utama, pavilion, menara hap seng dan sunway pyramid.

Tag line bagi KYOCHON 1991, perfection takes time, 100% natural ingredients dan freshest & healthiest chickens.

Jadi bila anda ke sini lambat sedap dan berkhasiat. Itu yang utama. Tidak seperti fast food yea. Selamat mencuba.

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain