Realiti kehidupan seorang Penolong Pengurus Fast Food

Salam,
Sekadar berkongsi cerita dengan pembaca luar sana. Hidup seorang penolong pengurus yea, bukan pengurus. Berbeza sangat dari segi perkataan malah pembahagian tugas. Ak bercerita ni pengalaman dari ak staff sehingga la penolong. Tak tahu la silap siapa atau mungkin kerana terpaksa.

Setiap pengurus yang ak kenal PASTI akan menggunakan jalan yang sama untuk dapatkan duit poket. WHY?? Ap guna audit dalaman syarikat still tak mampu nak membendung masalah ni. Dah terang2 penggunaan yang sama. Cara yang sama dpraktiskan. Yang menjadi mangsa adalah penolong. Kenapa? sebab penolong naif.

Pengurus ada kuasa untuk mengawal store, kadang2 pengurus berkomplot dengan area coach. Hebat.. Biasanya keadaan ini berlaku apabila area coach menunjukkan ketidaktanggungjawab kepada pengurus. Dan pengurus mengambil peluang yang sama. Amanah langsung tak de dalam erti hidup seorang pengurus yang ak kenal. Sesuka hati mengambil deposit baju staff resign untuk kegunaan sendiri.. Nauzubillan min zalik. Takut berbalik kt ak plak. Itu belum menggunakan resit pembelian yang tak logik.

Itu belum lagi menyalahgunakan elaun makan untuk kegunaan sendiri. Seperti contoh,elaun makan diberi RM100. Jadi pengurus memberi arahan pada staff yang die suka dan ajarkan bagaimana cara nyer. Apabila setel. Pengurus dapat duit dan pengurus akan tally kan balik dengan elaun yang diberikan. Hebat. Penolong pengurus pun tak tahu.

Patut la, kadang2 ayam hilang tanpa dikesan. Pastu, bila ayam hilang pengurus suruh penolong setelkan. haishhh. Macam tak adil. Itulah hidup ak, masa 2013-2014. Tapi sekejap j, sebab ak banyak relief ke area KL. Tahun ini, ak agak bertegas. Ayam hilang ak direct tanya pengurus. Sebab ak ase pape yang berlaku pengurus ak ni tak tegas langsung.

Tahun ni paling banyak insentif syarikat bagi. Jualan power dapat g melancong. Tapi pengurus jer, yang bawah kuli j  Paling tidak dapat makan besar! Well kita bagi syarikat duit tapi syarikat bagi makan j. Yang dapat nama pengurus dan area coach. Penolong? makan asap jelah. Kalau pengurus yang sayangkan kerja die, die akan berusaha jaga store untuk dapatkan bonus bagi penolong die dan juga staff. Sapot sesungguh. Tapi sangkaan ak meleset laaaaa...

Memang banyak mende nak kene ambil kira. Kadang2 ak letih, ak nk resign pun sapa nak ak. Ak dah tua. Kalau masuk bab pembahagian kerja. Kadang2 pengurus ini suka sangat bagi arahan itu ini tapi die tak buat pun. Paling teruk kalau die suh penolong die buatkan. Contoh kalau menyuruh staff. Patutnyer ketua lah yang tunjukkan dahulu. Penolong follow. Ini tak, bila penolong yang bagi arahan. Staff tak kan dengar melainkan pengurus tu mula dulu.

Tapi sekarang alhamdulillah, apabila kita mulakan perbuatan baik. Pengurus kita akan malu sendiri. Yang penting kita kerja kene la rajin dan ikhlas. Alhamdulillah.. Ak syukur dengan rezeki ku sekarang.

Ini sekadar luahan takde kaitan yang hidup mahupun yang mati...

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain