Kronologi Kecurian RM100, jangan simpan duit dalam beg.

Sebelum 18hb (bonus) - Pertukaran duit syiling adik ak RM160, duit syiling kerap habis kt store ak. Jadi ak amek duit syiling tabung adik ak, duit ni dah siap packing dengan nilai RM10 sebag. Duit RM160 ni ak simpan dalam beg kerja ak sebab takot tersalah guna untuk kegunaan sendiri. Ak pun bajet nak bank in terus tapi asyik tertangguh sebab kesibukan. Konon lahhhh.

18hb Dec (masuk kerja 330ptg) - Ak cek lah akaun bank ak, eh eh eh bonus masuk. Ak pun pikirlah duit  RM160 bolehlah jadi duit belanja ak. Jadi malam nanti ak leh transfrer guna maybank2u jer. Duit tu masih dalam beg, dan pada hari tu ad hostess datang untuk promot dorang nyer party event. Siap bawak kostum chicky, hostess ni letak barang dalam bilik manager sebab situ jer tempat nyer. Bila ak masuk kerja ak pun letak beg ak kat shelf. Agak dekat dengan barang kustom dorang.

18hb Dec (balik kerja 11mlm) - Ak pun excited nak makan kat Hayaki. Yelah makan lewat malam. Belanja kawan ak sorang ni, ak pun cek la duit ak, eh eh eh eh rasa nyer ad RM100 sekeping. Nape tinggal RM60 jer. ????? Ak dah pelik dan dah xde mood. Frust, kecewa, xselera, dan marah. Sape dan mangkuk mane yang amek ni...????? Pas makan, ak pun mintak kebenaran dengan AC ak untuk review CCTV kat bilik maanger. AC ak tak balas sebab dah tido....

19hb Dec (sblm g kerja) - Ak wassup AC ak sekali lagi, AC ak balas dengan menanyakan waktu kerja ak. Ak bilang ak kerja malam.

19hb Dec (sblm balik kerja 1130mlm) - AC ak datang untuk melihat CCTV, memula agak kecewa sebab tak jumpa kunci CCTV. AC ak tak putus asa. Akhirnyer jumpa gak kunci mangga tu. Alhamdulillah. AC ak tanya, waktu kejadian, ak assume 1545-2230mlm. Sebab tu jer waktu beg ak ad dalam opis. Godek2 punya godek video akhirnya jam 1625 masuklah ak untuk jawab kol, Pastu hostess tu, dan masa tu la kedudukan beg ak jadi lain. Dan kecurigaan hostess tu memang sah, sah la die pengambil duit ak. AC ak pun setuju. Sebelum balik, AC ak suh ak kol atau wassup atau sms bagi tau perkara sebenar. Direct akan buat laporan polis.

20hb Dec (masuk kerja 330ptg) - Ak masuk kerja pastu ak tanya kat manager morning pasal hostess ni, alhamdulilah rupanya hostess ni ad tinggalkan nombor tepon die dan nama die. Siyes ak memang tak amek tahu pasal die. Sebab One Utama payah nak wat party event kawasan besar tapi tak de privasi untuk buat party sebab terlalu open. Selepas manager morning balik, ak pun kol die. Ak cakap direct, tergagap die. Kejap panggil kakak, kejap miss. Kat situ dah nampak kan kannn kannnn. Die janji nak bagi duit tu esok. Die nak datang bagi.

21hb Dec (masuk kerja 300ptg) - Masuk kerja cam biasa, buat kerja cam biasa sambil menunggu panggilan dari die. Die pun kol opis, bilang tak dapat datang sebab hujan lebat. Memang hujan lebat petang tu, die pun mintak no akaun ak, ak pun bagi sambil ceramah sikit. Ak ckp la AC dah tanya ak bila die nak bayar sebab nyer AC ak memang dah standby jer suruh buat laporan polis. Die kata akan bank in, sibuk punya kerja. Ak pun dapat kol die dah bank in. Die mintak maaf. Tapi die bank tak cukup RM100. Tak pela, ak lebih suka kalau berdepan sebab baru gentle. Ko amek tak takot, tapi bila bagi takot nak berdepan.

Jadi ak anggap masalah ni setel, ak bilang kat AC ak.Dak tu dah bank in duit. Selepas ni, beg ak memang dah tak de duit, sume duit ak dalam poket ak. Sekian.















Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain