Kelebihan Dan Kekurangan Antara Staff Dan Manager KFC

Berdasarkan pengalaman selama 2 tahun dalam industri pemakanan pantas ni, aku dapat la menilai kelebihan dan kekurangan antara menjadi staff dan manager KFC ni. Ini cuma pandangan aku bukan nak menjatuhkan mana2 pihak.

Kelebihan staff KFC, boleh buat OT dan OT adalah dibayar namun OT mestilah berdasarkan undang2 buruh Malaysia. Kalau tak silap aku, 104 jam sebulan. Biasanya yang dapat OT berbayar ni, staff yang berada di Klang Valley kerana kawasan ni kekurangan staff KFC. Kekurangan staff KFC kerana persaingan dari pekerjaan2 lain yang memberikan gaji yang lebih mahal dari KFC. Setakat 2014 ni, pembayaran gaji RM5 sejam untuk Mall berbanding RM8 kedai makan lain.

Kekurangan staff pula, cuti tahunannya sangatlah sedikit. Untuk 6 bulan pertama 4 hari sahaja. Malah setiap 6 bulan perlu diperbaharui status staff. Jadi untuk setahun 8 hari jelah. Kalau ase tak cukup cuti, tak yah lah keje KFC. Selain iu, klinik panelnya pula terhad untuk kawasan yang bekerja saja. Maksudnya, kalau ko keje bentong jadi klinik panel ko kat bentong. Ko payahlah nak guna klinik panel KFC lain sebab dorang xnak bagi sebab nak stabilkan profit store. Kalau ko duduk cashier pun gaji tetap sama. Semua orang sama rata.

Untuk kelebihan manager KFC pulak, bonus tahunan berdasarkan performance store. Selain tu, cuti tahunan yang banyak 14hari. Ada elaun makan diberikan sebab tu gaji manager KFC sikit. OT tak dibayar, itulah kekurangan manager KFC. Kalau ko penolong pengurus atau pengurus shift, ko kuli untuk KFC. Ko keje lebih masa, xde pape pun. Dah la kalau performance teruk kene maki. Bukan nak betulkan keadaan. Tau2 nak marah. Pengurus restoran jer ada elaun, kalau ko tengok ko nyer RM balik awal. Ko perlilah die.

Jadi untuk bekerja dengan KFC, silalah pikir masak2. Sekadar tambah duit tu, ase takde masalah. Ini hanya cebisan jer. Kalau nak tahu lebih kerjalah KFC.

p/s : ini cuma coretan ase tak puas hati komenlah.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain