Kedai makan "fast food" - layan diri

Korang pernah pergi KFC? Mcd? Subway? Burger King? Mesti korang pernah kan??? Masa belajar mampu pergi Mcd xpun KFC sebab harga murah dan berbaloi perut. Bila dah stat kerja mula la langkah jauh sikit. Subway la..Burger king la dan macam2 lagi "fast food". Pernah tak korang duduk pastu ad orang datang amik pesanan korang? Tak de kan...Sebab kedai makan layan diri.

Korang masuk pergi beratur, order makanan, dapat makanan, pastu makan, pastu? Korang belah camtu jer. Korang tau tak? Korang belum sempurnakan lagi status kedai makan layan diri. Korang patutnyer pas makan, angkat pinggan sampah buang kat tong sampah yang disediakan. Barulah lengkap kedai makan konsep layan diri.

Korang tau order, makan tapi tak pandai buang makanan korang. Cubalah korang ringankan tangan badan korang ambil pinggan, tray korang tu pastu letak kat dumpster yang disediakan. Kan murni sifat tu, kenapa kt luar negara jer praktiskan bukan kat Malaysia. Sekurang-kurangnya kita dah buat satu nilai murni.

Tau tak kenapa nilai murni? Masa korang nak buang sampah dan bekas sisa makanan korang, korang akan rasa kena makan habis baru senang nak buang, makan dengan sopan supaya meja tak kotor, jangan membazir makanan, dan latih diri untuk menyenangkan orang lain. See mudahkan. Jom kita cuba, nanti masa lunch kat fast food cuba angkat tray pastu letak kat tong sampah disediakan. Bila kita mulakan, pasti akan ad orang ikut. Cayalah.

Saya pernah buat kat Subway, Mcd dan KFC. Pas makan saya angkat bekas makanan saya buang kat tong sampah. Ase dah lengkap jer diri bila wat camtu. Bila baca artikel ni, tak yah la nak negatif thinking. Korang tau ap korang pikir. Jadi pikir la positif, positif give you new energy. Trust me!!!
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain