Cara saya berjimat cermat dengan duit gaji - Selepas 2 bln praktik.

Korang masih lagi gagal untuk berjimat? Cuba cara saya ni. Saya berjimat cermat sebab saya banyak hutang. Saya nak setelkan hutang saya ni dulu sebab tu saya berjimat cermat. Penjimatan yang saya dapat hampir 35% dari sebulan ke sebulan. Tips berjimat cermat saya:

1) Tetapkan matlamat
Kita perlu menetapkan matlamat kita, kenapa kita nak berjimat cermat. Macam saya, saya nak setelkan hutang saya secepat mungkin.

2) Senaraikan semua perbelanjaan bulanan selama sebulan
Perbelanjaan yang telah kita buat kita perlu dicatitkan supaya kita boleh lihat kategori mana perlu kita kurangkan perbelanjaan. Saya telah mendownload "expense manager" kat play store. Jadi bermula saje kemasukan gaji pada hujung bulan. Saya key in income saya. Selepas itu, saya key in apa yang telah saya buat hari2. Perbelanjaan saya berdasarkan kategori. Dari situ, kita tahu mana kategori kita perlu kurangkan apabila belanja bulan depan.

3) Utamakan hutang2 
Apabila dapat gaji setelkan dulu hutang2 kita, baru la kita buat perbelanjaan yang lain. Macam saya, saya tak perlu bayar rumah sewa sebab saya dok hostel. Saya tak bayar kereta sebab hostel saya dekat dengan tempat kerja saya. Jadi parkin kereta tak perlu bayar. Minyak kereta tak perlu. Cuma tambang bas saya gunakan.

4) Belanja makan
Belanja makan saya tak perlu risau sebab saya kerja di kedai makan. Cuma sekali sekala kalau tekak nk makan yang lain. Tapi saya akan makan pagi yang agak banyak. Tengahari saya tak makan, Cuma sebelum pukul 6 petang saya akan makan. Saya banyak minum air. Air kosong. Even saya kerja di kedai makan, saya masih membawa bekal air. 

5) Bagi duit kat ibu bapa
Ini adalah perkara yang paling saya dapat rasakan perubahan yang paling ketara. Sebab selama 2tahun saya kerja saya tak pernah bagi duit kat parents saya. Selepas raya tahun 2014, tergerak hati untuk memberi mereka duit. Alhamdulillah, saya tak serabut bila duit tak de. Saya dapat rasakan duit sentiasa cukup. Even duit tinggal RM26 pada 20hb nak menunggu gaji 26hb, saya rasa cukup. Itulah dia kuasa berkat dari parents.

6) Simpan 10-20% dari gaji
Saya cuba sedaya mungkin untuk menyimpan 15% dari gaji saya untuk membayar prinsipal hutang saya pada hujung tahun. Jadi bermula tahun baru bayaran bulanan saya berkurang. 

7) Simpan duit lebihan
Simpanan yang dimaksudkan apabila dapat bonus setiap kuater atau bonus tahunan. Bonus ni saya simpan untuk duit kecemasan saya. Semua duit ni disimpan dalam buku bank bukannya bank kad. Duit yang lebih dari gaji biasa.

Itulah sedikit sebanyak cara saya berjimat cermat apabila dapat duit gaji. Semakin bulan, semakin ada duit dapat saya simpan. Ada lagi tips saya pernah postkan pada post sebelum ni.











Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain