Tugas Pengurus/ Manager KFC, skop kerja sebagai Manager KFC

Salam,

Sekadar berkongsi dengan pembaca skop tugas manager KFC, saya masih baru dalam bidang ni. Masih lagi setahun jagung. Saya bermula dengan staff KFC di Jengka. Masa tu saya sedang belajar. Jadi bekerja untuk menampung perbelanjaan makanan saya. Sebab saya suka giler makanan KFC. Jadi saya terfikir untuk kerja sebagai menampung belanja makan saya semasa saya belajar.

Ok berbalik dengan skop tugas manager KFC,

- memastikan semua staff masuk kerja pada masa ditetapkan, bagi break pada staff apabila sampai waktunya.
- menjaga produk makanan supaya sentiasa segar dan panas2 untuk pelanggan.
- mengurangi pembaziran.
- mengutip duit jualan setiap masa supaya tak dirompak.
- memastikan staff tak curi ayam.
- mengira stok dan key in dalam sistem.
- mengorder stok untuk jualan.
- menerima stok untuk jualan.
- memastikan target jualan melebihi tahun lepas atau bajet.
- memastikan pelanggan sentiasa happy.
- memastikan staff menjaga kebersihan makanan dan peralatan dan tempat.

Itulah antara skop kerja sebagai manager KFC, kerja 8 jam sehari. Rehat 45minit termasuk dalam 8 jam. Kerja mengikut shift dan 6 hari kerja. Kenaikan gaji setiap tahun berdasarkan performance kita. Setakat ni saje la. If ada yang tak puas hati sila lah komen.....
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain