Duit..duit mana ko duit?

Duit? Ke mana hilangnya duit setiap kali menerima gaji? Anda pernah terfikir ke mana gaji anda selama ni? Adakah gaji yang anda terima itu memenuhi keperluan hidup anda? Terlalu banyak persoalan yang selalu bermain di fikiran kita sehingga kita jemu dan mengeluh apabila memikirkan duit.

Hebat duit ni? Sehingga ada yang sanggup bermatian untuk duit? Terlalu menyekat impian sendiri semata2 mahu selesaikan hutang. Duit?  Duit? 

Jika anda semasa belajar, pernah tak terfikir tentang duit? Tak pernah kan? Yang tahu minta dengan emak ayah di kampung. Tak tahu bagaimana datangnya duit tu? Saya tak salahkan mereka tapi memang lumrah hidup. Mereka "pelajar/anak2" tak diberi pendedahan bagaimana susahnya untuk dapatkan duit. Jika mereka diberikan pendedahan awal, mereka pasti berusaha untuk berjimat dan mengumpul duit semata2 untuk tidak menyusahkan emak ayah mereka.

Secara langsung mengajar mereka untuk berjimat. Apabila berada di dunia pekerjaan, pendedahan yang awal mampu mengajar mereka lebih berhati2. Tidak sewenang2 nya untuk membazirkan duit mereka. Sekurang2nya mereka tidak terjebak ke dunia hutang.

Sekali berhutang walau 5 tahun tempohnya tapi terasa bagai miskin seumur hidup. Saya rayu jangan berhutang semata2 untuk perkara tidak berfaedah. Jika anda berhutang untuk pelaburan. Pastikan pelaburan anda itu sah dan terjamin. Lagi elok, anda sendiri yang menentukan hala pelaburan itu.

Saya memang menyesal dengan sikap saya yang terlalu mengikut perasaan yang akhirnya saya terduduk. Hari2 pegang kalkulator, memikirkan cara untuk membayar hutang. Letih.......Memang letih. Pelbagai cara saya buat, berblog, menjadi pelanggan misteri, bermain emas dan MLM. Tapi mungkin disebabkan sikap saya yang terlalu hangat2 taik ayam. Jadi duit pun hangat2 taik ayam gak.

Jadi, jom berjimat dan carilah side income.

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain