Khasiat teh mix herbalife, kesan pada aku.

Salam,
Sekadar mahu berkongsi dengan korang pasal produk herbalife, bukan nak promote yea. Ak bukan pengedar pun. Ak pernah menggunakan teh mix herbalife ni, memang menakjubkan sebab ak hampir sakit pinggang selama seminggu selepas minum teh mix ni. Ak ingat bala apa la sampai sakit melampau2, bayangkan nak duduk sakit dan baring sakit pastu berjalan lagi la.

Seminggu ak bertahan dengan masih minum air teh mix ni siap dengan asyik kencing2 nya. Tapi yang best ia tidak buat ak mengantok, buat ak bertenaga. Ak suka dan selepas seminggu ak dapat rasakan sakit pinggang ak berkurangan pastu kencing ak puas. Ak tak tipu, sebelum ni memang kencing puas tapi tak sepuas selepas minum teh mix herbalife.

Kalau korang xpernah minum, apa kata cuba sekali tak rugi. Badan pun sihat, kencing pun puas. Bila ditanya kat orang herbalife, dorang kata ak ni banyak minum minuman yang berkafein dan jarang minum air kosong. Memang betul. Ak penggemar nescafe, dalam sehari ak pasti minum sampi 3x nescafe 3in1 ak. Dah la sejarah famili ak ni, ad pengidap kencing manis. Ak takotttt...Sebelum tutup penulisan kita kaji dulu kelebihan atau khasiat teh mix herbalife ni;

A - Antioksida. Bahan Green Tea Extract, Orange Pekoe Tea, Malva Sylvestris Extractdan Cardamom Seed tinggi dengan unsur antioksida. Ia membantu melawan sel radikal bebas yang menyebabkan penuaan dan penyebab kepada kanser.
B - Bakar lemak. Bahan Green Tea Extract mengandungi unsur polyphenols yang membantu meningkatkan metabolisma dan juga mengurangkan pengumpulan lemak dalam badan.
C - Cuci perut, cuci darah. Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed baik untuk sistem penghadaman. Unsur theaflavins dari Orange Pekoe Tea membantu menurunkan tahap kolestrol. Unsur catechin dari Green Tea Extract baik untuk salur darah dan meningkatkan unsur Nitrik Oksida (NO). 
D - Detoks, diuretic. Bahan Malva Sylvestris Extract dan Cardamom Seed juga membantu sel menyingkirkan toksin. Bahan Hibiscus Extract pula membantu tubuh menyingkirkan air dan mengatasi masalah 'gemuk air'.
E - Energy/Tenaga. Tea Mix mengandungi kafein yg memberikan tenaga, tetapi ia 1/3 lebih rendah berbanding kopi.
F - Feel good. Unsur L-theanine dari Green Tea Extract dapat mengurangkan rasa stress dan kerunsingan.

p/s:ak sudah tidak lagi minum teh mix ni sebab tak cukup bajet, bulan september ak mula balik.insya ALLAH.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain