Kejayaan datang dari kesanggupan dan kebertanggungjawaban kita.

Salam syawal 2013...
Tajuk yang panjang untuk dihuraikan. Tapi sy yakin itulah jawapan yang pasti tepat dan betul bila nak berjaya. Keperluan berjaya adalah mudah iaitu sanggup. Ini berdasarkan buku yang sy baca *rahsia no 1* karangan SALLEH MOHD YUSOF. Dalam buku beliau,beliau huraikan bagaimana kejayaan itu berkait rapat dengan sanggup.

Kesanggupan ini yang membantu seseorang itu berjaya. Kenapa? Kerana dengan sanggup itulah yang menggerakkan segala urat saraf kita untuk berjaya. Contohnya, masa kita bayi,kita sanggup nangis untuk dapatkan sebotol susu. Perut lapar yang membuatkan kita sanggup menangis untuk susu.

Sanggup itu boleh jadi macam cara. Orang yang sanggup die tidak mempunyai alasan. Alasan adalah pembunuh kejayaan. Kita boleh lihat sendiri orang disekeliling kita. Beralasan dan tidak beralasan. Lihat saje cara hidup mereka.

Berbalik pula pada tanggungjawab. Ini adalah kata dari dr azizan osman pakar motivasi. Beliau mengatakan tanggungjawab adalah asas untuk berjaya. Kalau xbertanggungjawab bermakna kita tidak berjaya. Tanggungjawab bermula dengan bangun pagi bersolat subuh. Kalau itu kita terlepas. Kejayaan sudah jauh dari kita.

Tulisan ni adalah lahir dari hati sy yg masih lagi belum berjaya untuk lakukannya. Sy masih belum mempunyai sanggup danasih tidak bertanggungjawab dengan diri sy. Ya Allah. Panjangkan usia aku supaya aku dapat bertanggungjawab dengan janjiku padaMu ya Allah. Dan berada dikalangan orang yg Engkau redai. Amin.

Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain