2 cara jana pendapatan sampingan

Salam,

Ak nak bercerita tentang side income yang ak telah terima selama ni. Pertama, income dari blog ak. Tapi income ni payah nak dapat bulanan sebab ak sekarang ni baru aktif berblog, tapi memang betul income memang boleh dapat dengan hanya berblog. Lawat blog orang pastu komen blog orang. Yang pasti ia perlu konsisten kerana bila orang lawat blog korang baru orang kenal pastu duit masuk.

Ak berblog ni pun sebab memang nak merasa income yang ramai blogger2 luar sana dok war2 kan, tapi ada juga mereka2 tidak tahu langsung pasal blog. Kalau dilihat dari segi dunia berblog sekarang ni sudah berubah. Sebelum ni hanya dikenali dalam blog tapi sekarang sudah buat perjumpaan di luar. Lagi banyak peluang untuk mengenali setiap blogger2. Ak pernah menerima 2 cek dari nuffnang, memang blog ak masa tu xramai masuk pun. Memang lamaaaa sangat nak cash out die. Tapi ak nak bagi tau memang boleh buat income dengan berblog.

Kedua, ak buat side income sebagai pelanggan misteri. Ak daftar secara percuma, pastu ak tunggu task untuk diselesaikan. Task yang diberi sangat mudah pastu kita akan dibayar apabila task itu disubmit pada mereka. Setiap task berharga RM30-RM100 setiap satu. Cuba bayangkan dalam sebulan korang buat 5 task setiap task bernilai RM50, dah dapat RM250 sebulan. Memang menguntungkan jadi pelanggan misteri ni. Kalau korang pelanggan misteri bagi syarikat makanan, makanan yang korang makan akan diclaim balik siap dengan minyak kereta. Contohnya, makanan yang korang makan maksimum RM50 tambah duit minyak RM30, jumlah korang dapat balik RM80.

Kalau korang berminat untuk menjadi pelanggan misteri boleh la mendaftar diri sebagai pelanggan misteri.

p/s: bila duduk kat bandar cam kepong ni terasa sangat perlukan banyak duit. Gaji 2k pun tak cukup.huhu.....
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain