Pencuri Kopak Myvi baru, sistem alarm senyap?

Salam kepada pembaca yang budiman,

Tanggal 2 Apr 2013, dekat Uptown Seksyen 24. Kereta Myvi milik kawan telah dikopak cermin belakang bahagian kiri. Pencuri sempat menyambar beg galas milik kawan saya. Dalam beg tu ad macam2, wallet  saya, kamera seakan dslr, buku akaun emas saya, wang tunai RM600, ubatan bernilai RM150, dan botol air kesayangan saya. Habis lesap camtu jer. Dah tau kene camtu, saya wat la laporan polis pasal kehilangan barang tu. Masa wat laporan, banyak lagi kes seumpamanya berlaku di area yang sama. Perghhhhh, dahsyat cam tak selamat jer Malaysia ni.

Setel wat laporan, esoknya g purtrajaya setelkn ic saya. Sebab kalau wat ic kat purtajaya, arini wat esok dapat la....Tapi if wat awal pagi rasanya petang dah boleh amik. Keutamaan ic sebab saya punya kad bank sume lesap. So ic la kene buat dlu. Masa wat ic saya tus masukkan data lesen saya dengan pasport dalam ic saya. Tapi masalah sekarang saya lom lagi melaporkan kehilangan lesen ke pihak jpj.

Urusan pertama setelah dapat ic, buat kad bank cimb lu sebab dalam tu ad la banyak sikit duit. Dapat kad bank, check baki alhamdulillah selamat. Pastu pegi wat kad bank maybank sebab kad gaji masuk, masa check baki, pergh RM200 hilang. Bila ditanya dengan pihak bank, ni transaksi pengisian petrol. Haaaaaa, sempat lagi pencuri amik petrol gne kad bank saya, Maybe sebab kad bank tu seakan kad kredit. Saya gne kad maybank supermannya. Memang macam kad kredit laa. Pegawai bank kata, tunggu 2-3 hari die akan refund balik dan boleh tau, nilai sebenarnya. Bila saya check balik, RM76.20 telah digunakan. Nasib Baek.

Yang menjadi peliknya, kereta myvi kawan saya ni langsung tak berbunyi alarm die. Hebat betul pencuri kopak cermin sampai langsung xbunyi alarm. Kes ni buat saya lebih behati2 dengan penggunaan kad bank. Pasni kad bank saya hanya ad 2 jer. Tehad pada kad gaji dan saving.

p/s; harap pembaca sekalian berhati2 dengan barang yang ditinggalkn dalam kereta. Kalau tak kereta anda jadi mangsa.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain