Kegagalan aku intebiu SPA - penolong akauntan.

Salam..
Sekadar berkongsi pengalaman bagaimana aku gagal dalam intebiu SPA untuk penolong akauntan. Kegagalan ni datang kerana ketidaksediaan aku sesama intebiu. Aku langsung tidak baca tentang akauntan walaupun aku sepatutnye tahu. Soalan pasal akaun hanya 2 soalan jer. Apa yang anda tahu pasal akaun? Dan apa fungsi akaun untuk kerajaan? Apa yang anda tahu pasal akauntan negara? Selebihnya soalan logik akal. Contohnya, apa perubahan dalam sistem kerajaan? Apa kelainan atau kelebihan atau perbezaan antara kerajaan dan swasta? Tu contoh soalan yang telah ditanya sesama aku diintebiu.

Masa menunggu giliran, ak agak kaget sebab majoriti yang hadir seolah sudah bekerja. Apabila ditanya, kebanyakan adalah pembantu akauntan negeri. Memang agak beza la dengan ak yg sekadar penolong pengurus restoran jer. Bukan nya mampu jawab if ditanya skop kerja akauntan. Kat situ ak dah kalah.

Walau bagaimanapun, ak masih bersyukur dengan kerja ak sekarang ni. Walau xde masa dengan famili tapi sekurang-kurangnya ak bekerja. Alhamdulillah.


p/s: xde niat pape pn...(^_^)
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain