Akaun pelaburan emas Maybank langkah pertama aku.

Salam,
Sekadar berkongsi pengalaman ak semasa membuka akaun pelaburan emas Maybank. Secara halusnya, sudah lama niat ak untuk mempunyai akaun pelaburan emas. Cuma menunggu masa yang sesuai untuk membeli. Hampir setahun ak memerhati harga emas. Akhir tahun 2011dan awal tahun 2012 masa tu harga emas ak sempat tertengok 170 segram dengan 155 segram. Seingat ak la. Masa tengok harga emas tu ak tengok kat kedai emas dan maybank gold rates. So akhir tahun 2012, ak telah menggunakan bonus sebulan gaji untuk membuka akaun pelaburan emas Maybank. Tapi bukan semua ak laburkan dengan akaun emas Maybank.


Semasa membuka akaun tu harga emas akaun Maybank 170.32 segram 14 dec 2012. Ak membeli sebanyak 2g sebab kelebihan akaun emas Maybank ni boleh memulakan dengan segram emas. Duit pelaburan emas ni termasuk stamp duty sebanyak rm10. Jadi jumlah masa tu ak kene keluarkan sebanyak rm350.64. Alhamdulillah ak menambah pembelian ak sebanyak 3g pada 19 dec 2012, harga emas masa tu 167.90.

Sekarang ak tengah menunggu duit lebihan dari gaji januari 2013 ni untuk menambah emas sebelum raya cina. Banyak pendapat mengatakan emas akan melonjak naik selepas raya cina. So, ak just standby jer. Dalam pemerhatian ak, memang harga emas sekarang berlegar dalam area 165-168 segram. Ak memang nak attach gambar buku akaun ak, tapi kerajinan untuk bluetooth tu yang terbatas.

Sebelum ak membeli emas ni, ak belajar sikit2 pasal harga emas. Ak stat membaca buku2 rahsia emas. Ak beli supaya ak tak lost dalam pelaburan emas ni. Ak juga banyak membaca di blog2 untuk mengetahui pasal emas ni. Salah satu nya teknik memanipulasi pelaburan emas. Dalam pembacaan ak, ak jadi teruja dengan nilai2 rm yang banyak. Selepas tu, ak baca lagi tentang 10 kesilapan pelabur emas. Dan yang paling bagus tentang pelaburan emas yang ak baca simpanan pelaburan emas antara public bank dengan maybank.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain