Nilai murni penting lebih2 lagi masa makan

Salam pembaca logamaya,

Omu nak berkongsi tentang pengalaman Omu bekerja di KFC. Omu bekerja di department customer service, which mean lap2 meja, buang sampah dan menyapu sampah. Omu nak bagitau sikap2 customer KFC Jengka ni, mereka sangat2 pengotor. Tak semua yea. Sebilangan saje. Cuba kita renung sejenak. Kita bandingkan diri kita dengan haiwan. Kita ada otak, nafsu dan berilmu jika dibandingkan dengan haiwan kan? Jadi kat sini apa yang Omu nampak ialah kenapa kita makan macam ayam, kucing tak pun anjing? bersepah2 makanan tumpah jatuh kat meja or lantai. Kalau budak kecik Omu tak kesah tapi masalahnya orang dewasa. Kenapalah kita tak terapkan nilai murni jaga adab masa makan. Tak salah punkan. Tu salah satu nilai yang datang dari diri kita. Nape? kat rumah pun makan bersepah jugak ker? Tak kan. Paling kurang kita susun bebaik pinggan sudu tak pun gelaskan.

Apa salahnya buat perkara yang sama kat kedai. Tak kisahlah kedai makan kecik or mewah. Terapkan nilai murni ni. Biar beradab sikit orang Malaysia ni. Omu harap sangat customer yang datang ke KFC jengka boleh buat nilai murni ni. Makan jangan bersepah. Kita pikir diri kita, bagaimana orang pandang kita. Pikir positif. Pekerja KFC akan ada kerja nya even kita susun pinggan tu. Paling kurang pekerja KFC akan puji takpun berdoa kebaikan yang customer die dah buat. Paling Omu suka if customer famili, kadang2 mak ayah mereka tunjukkan niali terbaik untuk anak2 dorang. Makan tak tumpah malah siap kemaskan susun pinggan dalam tray. Omu suka, if tak tumpah tapi Omu stay kene lap supaya kuman mati. Dari 100 customer cuma 10 jer yang buat camtu. Sedih sangat.

Satu lagikan pasal sos, banyak sangat customer membazir. Maybe dorang tak pandai bajet but tolonglah yea lain kali jangan buat lagi. Membazir kot. Kita janganlah membazir Tuhankan marah lagipun tu pun salah satu nilai murnikan. Elak pembaziran. KFC banyak gak kuarkan kos untuk sos. Masa botol tu, banyak customer amik masuk beg jadi tukar sistem ala2 McD. Tapi stay jugak memberi pembaziran. Customer suka kata, KFCkan kaya. Hey, hello kayalah sangat. Tolonglah sikap camnilah buat sesebuah negara tu lahirkan rakyat yang membazir.Dan langsung tak beradab. Sekarang kita dah nampakkan iklan2 kerajaan yang mengajak kita jangan membazir, terapkan  nilai murni dan jaga kesihatan. So apalagi sahutlah seruan kerajaan tu, mahal kot buat iklan ni nak buat rakyat sedar.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain