Bermulanya hari baru Omu!

Salam pembaca Logamaya,

Hari ni Omu sangat2 bertuah sebab masih hidup lagi. Alhamdulillah. Sempena tahun 2012 ni, segala masalah yang menimpa Omu insyallah bakal berakhir. First, paper last degree Omu sudah pun Omu amik jumaat lepas 6 jan lalu. Omu harap sangat paper tu lulus dengan cemerlang. Dan sekarang Omu tengah beri tumpuan dalam mencari pekerjaan yang sesuai untuk Omu. Apa yang Omu nampak ialah manager KFC. Namun bukan senang nak masuk trainingnya. Mesti ada kawalan ketat yang perlu Omu lepasi sebelum bergelar manager. Apa yang perlu Omu lakukan ialah menunggu keputusan akhir degree dan tunjukan pada pihak management KFC. Memang macam tak berbaloi jadi manager KFC tapi disebabkan Omu minat. Minat terhadap selok belok KFC, bukan sebab ayamnya yea. Omu dah muak makan ayam KFC. Tapi kadang2 tu dah tak apa nak makan rindu gak ayam KFC. ahahahahaha.......

Tapi yang buat Omu rasa terkilan ialah kemasukan training adalah bulan 2 dan bulan 4. So, Omu kene tunggu rizak keluar pertengahan bulan 2. Adoi lamanya, sekarang ni Omu tengah kerja part time as CSC. Memang macam kulilah, dengan mop lantai, sapu lantai, basuh toilet, basuh pinggan dan angkat stok. Tapi Omu reda jer, sebab semua kerja ni lah yang buat berat badan Omu menurun. Kerja2 ni buat Omu gembira sangat. Memang dari dulu lagi, Omu nak sangat kurus dan ia tercapai bila Omu kerja di KFC. Omu ni cepat muak dengan makanan, so Omu memang jarang makan ayam. Omu banyak amik burger dan selain dari ayam. Omu langsung tak sentuh air bergas. Sebab dari rumah Omu bawak bekal air. Air tu yang Omu akan minum. Tak tau nape, bila kerja di KFC, Omu banyak amalkan pemakanan yang seimbang. Banyak minum air, banyak makan lauk, kurangkan nasi, amalkan vitamin c, dan rajin buat kerja. Yang penting peluh. Kalau peluh tu, Omu rasa bahagia sangat.

Esok or hari ni bermulalah kembali episod kerja Omu. Omu masuk kerja kol 2 petang. So, maknanya Omu akan closing. Rasanya hari sebelum Omu cuti, manager ada buat meeting tentang tugas masing2. So, Omu kenelah tanya member Omu pasal tugas2 tu. Harap2lah tak teruk sangat. huhuhuhu......kalau teruk pun biarlah berpada dengan gaji ni hah....
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain