Pengalaman aku bekerja sebagai Krew Restoran KFC

Salam pembaca Logamaya!
Terima kasih sudi membaca, saya nak berkongsi dengan anda tentang pengalaman saya sebagai krew restoran KFC. Krew ni banyak department. Maybe die boleh mula sebagai cashier, supplier base, cook atau csc. Saya mula dengan csc(customer service crew). Alasan saya sebagai csc sebab saya pekak sebelah so, payah kot nak amik order. Orang tanya pun saya tak dengar apatah lagi nak amik order. HOH!

Gaji sebagai krew restoran KFC ni depend pada tempat. If anda di rural kebiasan seperti yang saya terima RM3 sejam dan bila cukup 2 bulan naik jadi RM3.50. Sesak jugak dengan bayaran sebanyak ni. Tambah pulak tak leh sewenang2nya buat OT. Ia depend pada RM(Restoran Manager). Saya punya RM perempuan, baru bertukar bulan 12 ni. Sebelum ni lelaki. memang bebas la. Tapi bila dah RM perempuan, adoi sakit la. Sebab die ni terlalu cerewet. Pastu asyik nak marah. Pergh! aku yang pempuan pun tak berapa suka. Apatah lagi kalau laki.Ceh!

Mula2 kerja KFC ni sekadar part time jer. Tapi makin lama seronok tapi masa dengan RM laki la. Bila datang yang pempuan ni, adoi patah semangat kadang2. Bila tak de die seronok keje sebab bebas sikit. Erm.....aku ingat nak apply jadi Manager KFC dengan kelulusan aku ni. Aku harap sangat dapat habiskan degree ak ni. Dah ak jugak mampu bertahan dengan ujian2 yang bakal aku amik untuk jadi manager KFC.huhu.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain