Bila gaji pekerja KFC masuk?

Salam pembaca sekalian,

Saya nak sambung cerita tentang dunia KFC ni. Banyak cerita buruk dan bagus tentang KFC. Tapi itu adalah lumrah hidup apabila berada dalam dunia perniagaan. Kita boleh bina kerjaya di KFC jika anda tak berpeluang atau tak suka nak sambung belajar. Jika anda kerja di KFC or mana2 syarikat yang berstatus tinggi ni, anda berpeluang untuk kenaikan gaji dan pangkat walaupun dengan SPM saje. Saya bukan nak suruh anda untuk tidak belajar namun itu adalah alternatif untuk membina kerjaya yang lebih baik.

Jika makin lama anda di KFC, makin tinggi nilai anda. Tapi saya sarankan lebih baik anda bermula di usia muda kerana bila dan pertengahan mungkin buat anda bosan dan keletihan. Sebab KFC ni kerjanya penat. Letih dengan kerenah customer yang pelbagai. Silap sikit pasti HQ call salahkn manager. Tak kisah la salah sape tapi itu sudah jadi lumrah perniagaan untuk menjaga customer. Customerlah yang memberi gaji kepada staff KFC.

Ok, panjang pulak celotehnya. Padahal nak bagitau pasal gaji KFC jer. Kebiasaan jika anda menggunakan akaun Maybank. Gaji anda akan masuk bermula 5-7hb setiap bulan. But if jika menggunakan cek, cek akan sampai pertengahan bulan (15hb). Tapi tak tau lah jika masa depan ia lain, itu bergantung pada payroll KFC. Terima kasih sebab datang ke blog ni sebab KFC, entri saya sebelum ni pasal pengalaman saya sebagai customer service crew (CSC).
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain