Kelebihan Ester-C untuk Vitamin C

Salam pembaca Logamaya,

Saya nak berkongsi dengan pembaca tentang supplemen yang saya ambil setiap hari. Gambar di atas ialah supplemen yang saya ambil iaitu Ester C atau pun larutan vitamin C. Saya lebih suka minum dari mengunyah tablet vitamin C. Ester C ini lebih baik dari tablet vitamin C malah harga pun lebih sikit dari tablet. Sebelum ni saya ada mengambil pati prune inner shine tapi disebabkan kesempitan duit saya beralih pada Ester C ni. Tambahan pula, muka saya masih perlukan banyak vitamin C untuk membaiki kulit muka yang banyak parut. Saya suka ester C ni sebab bila letak dalam air macam panadol soluble pastu rasa macam minum air mountain dew versi tak manis tapi ada gas. Memang best rasa setiap masa nak minum tapi kalau minum banyak kali kopaklah duit saya tambah lak boleh sakit perut cirit birit.

Mari kita lihat kelebihan Ester C ni :
  • It supports circulation, is beneficial to joints and connective tissues, 
  • Helps reduce the premature aging of cells
  • Forms the basis for healthy skin .
  • Helping to neutralize free radicals, 
Di bawah adalah perbandingan di antara vitamin C dan Ester C :


Apabila kita semakin tua, badan kita semakin lemah untuk menyerap vitamin atau nutrien yang bertablet atau berkapsul. Jadi alternatif paling baik ialah dengan mengambil vitamin C dalam bentuk air. Jadi ester C ini sangat bagus untuk kita. Lagipun dengan cecair ia lagi cepat menyerap masuk dalam tubuh badan kita.

Bila masa yang sesuai untuk mengambil Ester C ni?

Waktu yang sesuai untuk minum Ester C ni semasa sebelum atau selepas mengambil makanan. Yang penting mesti 30min atau sejam selepas makan. Sebab apabila kita minum Ester C ni semasa makan ia boleh mengurangkan 1/3 dari kuantiti asal. Lagipun Ester C ni lembut pada perut. Anda takkan sakit perut. Tapi paling penting dapatkan nasihat doktor dulu.

tags:apa itu effervescent? apa itu ester c?  kelebihan cecair dan tablet apa rasa ester c?

No comments: