Kedai makan yang sedap di Bandar Pusat Jengka

Salam pembaca,
Saya nak berkongsi tempat makan or kedai makan yang patut anda jejak if anda berada di Jengka. Sebelum itu, selamat datang kepada student2 diploma ke UiTM Jengka. Sekarang ni bandar Jengka sangat meriah dengan gelagat2 student2 UiTM yang suka bersiar2 di bandar Jengka. Lagipun sekarang masa belajar belum berat lagi tambah pula dengan duit PTPTN masuk. Lagilah meriah mereka ni melepak makan.

Ok saya bahagikan 3 kategori masa makan dan kedai mana yang best.
Sarapan pagi ;
  • Kedai makan De Serai Corner, dekat dengan terminal bas sementara Jengka. Kedai ni ada jual nasi lemak,nasi dagang,pulut kuning,kuih muih dan lempeng.
  • Kedai makan sebelah pronaz, setentang kedai makan De Serai Corner. Kedai ni ada jual roti canai,nasi lemak dan macam2 lagi. Harga lebih murah dari kedai De Serai Corner.
  • Kedai makan Seri Tenteram, sebaris dengan Bank Islam. Kedai ni ada jual roti canai, nasi lemak, rendang dan macam2 lagi. Harga murah dan sedap. Lagipun owner orang tua.
  • Kedai makan Nadi Kota, sebelah terminal bas sementara Jengka sebaris dengan Agrobank. Kedai ni ada jual nasi lemak,nasi kerabu,pulut kuning dan macam2 lagi. Harga sama macam De Serai Corner.
  • Kedai depan pasaraya B5 tapi tak tau nama kedai. boleh tahan harga. Makanan macam biasa nasi lemak,roti canai dan macam2 lagi.
Makan tengahari ;
  • Kedai makan De Serai Corner, dekat dengan terminal bas sementara Jengka. Kedai ni ada jual ikan bakar dan lauk utama mesti ikan bakar dan ayam pedas. Sayuran kadang2 berubah ikut hari tapi sikit jer pilihan sayur.
  • Kedai makan sebelah pronaz, setentang kedai makan De Serai Corner. Pilihan makanan tak banyak. Harga lebih murah dari kedai De Serai Corner.
  • Kedai makan Seri Tenteram, sebaris dengan Bank Islam. Kedai ni jual makanan ala orang tengah diet dan lauknya orang tua. Harga murah dan sedap. Lagipun owner orang tua.
  • Kedai makan Nadi Kota, sebelah terminal bas sementara Jengka sebaris dengan Agrobank.Makanan banyak lauk utama tapi sayur tak banyak pilihan.Lauk oklah. Harga sama macam De Serai Corner.
  • Kedai depan pasaraya B5 Warung Mak. boleh tahan harga dan banyak pilihan makanan.
  • Kedai makan Abg Man Nasi Ayam. Setentang dengan bank Tabung Haji. Nasi banyak tapi ayam sikit. Air minuman murah gila dan paling murah dan sedap di Jengka. Tapi hanya ada jual nasi ayam, mee sup, dan bakso.
  • Kedai makan sukaramai sebelah jalan bank Affin. Banyak pilihan, harga boleh tahan dan sedap. Ramai makan kat situ.
  • Kedai makan mama belakang kedai dua ringgit atau berdepan dengan kedai bayar bil celcom balora.Paling best sebab sedap banyak pilihan tapi masakan adalah lauk yang sama. Yang best sebab ada sup tulang, kari daging dan banyak pilihan sayur. Lauk pauk yang pelbagai. Ramai lecturer suka makan kat sini.
  • KFC. Sebaris dengan ayamas. Anda boleh makan di sini untuk lunch treat murah dari jam 12-3 petang.
  • Ayamas sebaris dengan KFC. Anda bolehlah take away makan nasi ayam.
Makan malam :
  • Kedai dalam pagar tapi buat sementara waktu di buka di kawasan tempat letak kereta di padang awam jengka. Kat sana banyak pilihan kedai makan.Kedai makan pattani sedap tapi servis lembab. harga boleh tahan. Kedai makan ladies asia bagus kot, mahal ada satay servis boleh tahan.
  • Kedai makan Mran setentang Cosway jengka. Ada jual masakan panas, tomyam, chicken chop, keropok lekor tapi tak sedap. leh tengok wayang sebab skrin besar. Memang best cepat tapi harga standardlah.
  • Kedai makan belakang kedai 2 ringgit. Murah dan sedap. Cepat.
  • Kedai depan B5, pilih lah sendiri tapi warung mak memang mahal. Makanan biasa jer. Tapi ikut atas selera masing2.
  • Kedai makan bintang malam kot depan B5, oklah cuma servis lembab dan harga mahal.
  • Kedai makan WFC, sebelah 7e. Ada jual nasi ayam, chicken chop, bubur dan mee sup. Harga standard. Sedap dan selesa kot.
Oklah. serba sedikit kedai makan yang biasa saya singgah dan anda bolehlah try. Kalau ada penambahan bagitaulah yea...Sebab sekarang ni saya jarang dah makan kat tempat2 ni sebab kerja. Sibuklah.

    2 comments:

    Anonymous said...

    bro.. warung sudi mampi @ kedai wak kat simpang jengka 12 bukak lg x?? citu breakfast & mnum ptg syok gak..

    Anonymous said...

    salam bro...
    skrg ni depan taman permatang shahbandar dah banyak gerai makan dan warung dibuka Unclezack Corner gerai sebelah surau tu..makanan sedap dan harga murah ... ramai student minum pagi dan makan tghari... TQ

    Ratings and Recommendations by outbrain