Episod hari ini, rumah sewa Tak de AIR!

Salam kepada semua pembaca,

Harini, hari paling tak best sekali sebab rumah sewa ni tak de bekalan air. Mandi pun tak cukup puas. Dah la arini ada kelas kol 2 petang. Tapi berkat tersempat menadah air sebaldi semalam cukup untuk mandi dan membuang. Tapi kene bertahan selama tak taulah. Sampai kol 6 petang pun masih lom ada tanda2 air nak datang.Dah la rumah sewa ni penuh dengan penghuninya, air dalam tong hitam pun tak cukup untuk 20 orang dalam rumah sewa ni. Padatkan rumah sewa saya, apa taknya owner rumah ni memang bling2 mata if nampak duit. Bukan nak tolong tapi nak mencekik duit student kat sini.


Tolonglah nak air, dah la sebelum ni 3 hari kot tempat kerja tak de air. Nak kene basuh pinggan lagi, lap meja lagi pastu nak kene mop lantai toilet laki terutamanya sebab dorang boleh jer buang if tak de air. Nasib baik hari ni off day. So tak terperit sangatlah nak kerja. Saya harap sangat esok ada air kat tempat kerja.

Saya perlukan air untuk minum dan mandi.....tolonglah....hehehehe...
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain