3 cara untuk kaya dengan gaji anda


Salam pembaca logamaya,

Jom kita belajar cara nak meningkatkan kekayaan kita dengan duit gaji sahaja. Kita perlu ingat gaji yang kita dapat itu perlulah di simpan supaya memberi sumber untuk masa depan kita. Jadi kita perlu mula dengan menyimpan sebanyak 10-20% dari gaji kita. Memang payah tapi percayalah dengan simpanan sebanyak tu kita mampu jadi milionnaire di usia 40an.

Cara kedua pula, kita perlu memilih kerjaya di mana ada kenaikan sebanyak 4% setiap tahun. Jika gaji kita naik setiap tahun maka jumlah simpanan kita akan naik juga. Contoh jika tahun ni gaji kita RM1500 maka 20% X RM1500 = RM300. Apabila tahun depan gaji kita naik jadi RM1600 maka 20% X RM1600 = RM320. Lihat perbezaan simpanan kita tahun ini dan tahun depan. Berbeza sebanyak RM20. Sebab itu, kita perlu mencari pekerjaan yang mempunyai peluang untuk kenaikan setiap tahun.

Cara ketiga pula, buat pelaburan. Yang penting pelaburan yang sah di sisi undang2. jadi lebih baik anda berurusan dengan pihak bank. Pastikan anda mahir dan tahu serba sedikit pelaburan yang anda inginkan supaya pihak bank senang menerangkan pada anda. Pelaburan itu mestilah mendapat pulangan sebanyak 10% setiap tahun. Jadi sekarang sangat banyak peluang yang diberikan kita cuma perlu pilih mana yang sesuai dengan gaji kita.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain