Makan tak boleh ker habiskan?

Salam kepada korang yang membaca entri ni, tak ramai mana pun yang terjah blog maya ni. Tak silap 2-3 orang jer yang datang nak baca blog maya ni. So, pape pun mekasi pada korang. Maya nak citer ni, maya sekarang tengah mengganggur jadi maya sukalah menghabiskan masa melepak di tempat2 yang ada wifi. Biasanya KFC sebab tu banyak entri maya pasal KFC. hehehehehe

Ok, apa yang maya perhatikan terutama makanan KFClah. Maya pelik dah tau tak suka tapi dok jugak mengorder menu tu. Pilihlah menu lain ker or makanan kat tempat lain. Maya rasakan rakyat Malaysia kita ni suka nor membazir. Kalau dikumpul makanan yang tak habis tu leh jadi satu menu baru. "menu yang tak habis"..Dahlah membazirkan makanan, sos pun nak bazir. Aish peliklah. Tak leh ker amik sos tu cukup2 or habiskanlah. Adoi. Kadang2 nyampah gak tengok orang yang suka membazir. Mayalah memang cuba sedaya upaya habiskan. Makanan tu pun ada perasaan gak. Cuba korang sumpah seranah makanan tu baru makan pasti perut korang memulas. Cayalah.

Satu lagikan, asal yek mak bapak suka bagi nasi penuh tu kat anak dorang yang umur pun lom 12tahun. Kaya nor mak bapak ni dok bagi nasi KFC kat anak dorang. Asal tak amik jer separuh nasi korang bagi kat anak korang. Aish tu satu lagi sikap membazir datang dari ilmu mak ayah yang ngajar anak dorang. Dahlah tak habis pastu buat sepah2, pergh tak ker hangin crew KFC yang kene lap meja. Pastu bila crew tu lambat bersih customer lain marah2 kat crew ni. Ciannya. Pastu kalau kotor komplain kat manager. Pergh manusia kat Malaysia ni bapak demand.

Tapi tak semua mereka yang cam maya citer, ada gak yang bagus. Makan tak tumpah langsung pastu licin makan. Sos pun habis tak de pembaziran. Tapi malang dari 100 orang cuma 10 orang saje yang berkelakuan camtu. Beringatlah membazir pun pada duit saja tapi makanan yang kita makan pun datang dari duit gak kan? Adoi mata dah ngatoklah, maya dah tak tau nak citer ap? yang penting meh kita berjimat2, makan jangan buang tapi habiskan.....
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain