KFC patut kurangkan sampah dan jimat air

Sekadar berimaginasi setelah penat lelah bekerja. Aku berfikir pasal sampah. Kemana arah tuju sampah yang dibuang. Akan dilonggok pastu leraikan ker? Atau biar ia bertimbun camtu jer? Pastu bila aku fikir2 punya fikir, aku rasa makananlah yang buat sampah? Sebab makanan lah yang paling banyak menghasilkan sampah sebab hari2 orang datang beli makanan. Lebih2 lagi makanan segera. Setiap setengah jam akan terhasil sampah seberat 2.5 kg. Jadi bagaimana pihak kerajaan nak mengatasi gejala ni.

Pendekatan paling nampak ialah hari sabtu tidak boleh menggunakan plastik. Aku sokong sangat tindakan kerajaan ni paling2 kurang orang akan kurang menggunakan plastik. Yelah plastiklah yang membuatkan sampah bertimbun sebab ia tak boleh dileraikan. Tapi masih belum reda lagi suasana kawasan timbunan sampah. Tak berapa sangat hasil nyer.

Aku paling tak puas hati dengan makanan segera. Doranglah paling banyak menghasilkan sampah. Jadi aku cadangkan supaya dorang menghasilkan sendiri tupperware dimana patut dibeli oleh customer dan digunakan oleh customer. Jadi customer tu sendiri yang kene bawak. If tak bawak tak boleh makanan "ayam", paling kurang ia mampu menjimatkan air sebab kene basuh pinggan pastu penghasilan sampah. Malah tak perlu ramai pekerja sebab tak perlu cuci pinggan pastu gaji boleh up sebab profit tinggi.


Kalaulah KFC buat camtu tak rugi pun. Sebab orang suka datang makan KFC. Jadi KFC perlu buat jejak mula bermula hari sabtu iaitu hari paling sibuk untuk semua orang. Customer perlu bawak tupperware cap KFC dan tupperware tu menjadi koleksi dorang sebab ada penjenamaan KFC. Jimat air dan plastik. Tak perlu gunakan plastik. Bijak tak idea aku ni? Dan sampah tak bertimbun.....
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain