Kenapa Semakin Ramai Perokok?

Salam kepada pembaca "logamaya", pekabor?

Seminggu tak update blog, sibuk kerjalah. Membanting tulang untuk mencari duit belanja. Aish!!!! Tajuk yang saya suka sebab ini adalah teori saya berdasarkan pemerhatian saya semenjak kerja nilah. Saya tengoklah ramai nor manusia dikalangan kita ni yang perokok. Semakin banyak kempen dibuat tapi masih ramai tak serik2 dengan rokok. Cakaplah gajah rimau pun, tak de makna dorang nak berhenti merokok. Malah bertambah2 perokok, bukan saja lelaki malah pempuan pun suka merokok.

Kata pempuan, merokok boleh menguruskan dorang. Aish kenyataan manalah korang ambik pasal kurus guna rokok ni? Salah tu! Apabila korang merokok, nafsu makan korang akan kurang sebab asap dah penuh dalam perut or peparu korang. Tu baru betul. Sanggup beli rokok berbanding nasi. Itulah mereka yang nak kurus. Tapi ada juga dikalangan pempuan yang merokok tapi bukan nak kurus tapi ego! Yea! ego sebagai seorang "lelaki", nak macho depan gurl2. Apalah, ni pun nak tunjuk ka? Seyis beb, bila korang merokok. Pempuan tak sukalah. Tapi kalau dah pempuan tu kaki rokok, ko tibai "rokok gajah" pun tak pe!



Ok, jom selami kenapa semakin ramai perokok? Berdasarkan teori saya, bertambahnya perokok kerana tukang masak adalah perokok. Hah!??? Kenapa? Yea, sebab makan yang dimakan oleh kita sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh penyedia makanan. Sebab itu, kita digalakkan makan di rumah. Korang sendiri pernah dengarkan "air tangan". Yea air tangan itulah yang membuatkan ramai perokok di Malaysia. Korang perhatilah ramai tukang masak cikai2, biasanya warung2 kecik, kedai makan ala carte or masakan panas, KFC or banyak lagi yang tak tersenarai. Majoritinya mereka yang perokok. Jadi betullah teori saya, tukang masak penyebab ramai perokok. Tengoklah, pempuan pun leh merokok.

Jadi teori di atas hanya boleh dipakai bila korang perhati betul2. Dan teori ni hanya boleh digunapakai di kawasan luar bandar. Jika korang ada pendapat lain, sila nyatakan. Mekasi!
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain