Kenapa orang Islam ramai yang pengkid,lesbian dan seantero dengannya?

Pernah tak anda terfikir tentang perkara di atas? Atau pernah tak terlintas seperti tajuk di atas? Mungkin tajuk di atas terlalu kasar bagi sesetengah orang, mohon maaf dari saya. Saya cuma tergerak hati bila melihat golongan ni apabila saya keluar window shopping. Saya bukan anti dengan mereka dan bukan suka akan cara mereka cuma hati terlintas "kenapa mereka yang islam" terjebak? Saya berkata2 ni tidak menggunakan mana2 rujukan hanya sekadar pendapat. Jika anda mempunyai pendapat dan sumber rujukan yang bagus bolehlah berkongsi dengan saya.



Apa yang boleh saya rungkaikan, mereka islam? mereka pernah mengucap dua kalimah syahadah? mereka pernah berjanji dengan Allah sebelum mereka muncul di muka bumi? tapi kenapa mereka jadi macam tu? Saya rasa mereka terjebak kerana hasutan syaitan, syaitan pernah berjanji untuk memusnahkan keturunan Adam ni sehingga kiamat. Jadi syaitan ni akan kuatkan godaan pada mereka yang Islam. Sebab itu, ramai Islam yang terjebak. Seburuk2 mereka Islam, mereka akan ke syurga juga cuma masa itu yang menentukan berdasarkan amalan mereka di dunia.Kita pernah dengar cerita tentang ahli neraka masuk syurga tapi ada tanda di dahi mereka menunjukkan mereka bekas penghuni neraka. Mereka inilah yang mendapat seksa atas kelekaan mereka semasa di dunia. Mereka masih lagi dijanjikan syurga cuma lambat atau cepat berdasarkan amalan mereka.

Jika kita perhati orang bukan Islam, mereka langsung tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah jadi buat apa syaitan nak goda mereka kerana sah2 lah mereka penghuni neraka jahanam. Sebab itu, ramai golongan Islam yang terjebak dengan hubungan terlarang ni. Hasutan syaitan itu yang menggoda mereka. Sama jugalah dengan dosa2 besar yang lain. Jadi pada mereka yang baca tulisan ni, mohon maaf sekali lagi jika pendapat saya ni langsung tak betul. Saya cuma bagi pendapat sebab saya suka perhatikan orang. Mereka buat saya renung sejenak kehebatan Allah.Wallahualam...
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain