Tips Belajar "Last Minute"

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca tips yang bakal saya kongsikan. Bagi saya ini bukan tips untuk anda baca bila anda berada disaat akhir. Tapi patut dibaca permulaan untuk anda mulakan pembelajaran. Bagi saya untuk memulakan tips saya ni anda perlu mengetahui anda ni suka macam mana? bersendiri atau suka bising atau suka sunyi. Banyak perlu anda ketahui tentang diri anda dahulu.

1- Sediakan jadual yang terang dan besar supaya anda alert dengan masa jadual final anda.
2- Kaji tentang ujian2 bagi setiap subjek anda. Senaraikan kelemahan topik2 berdasarkan markah ujian anda.
3- Fokuskan topik yang anda lemah dan pastikan topik tu target soalan atau soalan yang selalu keluar, rujuk cikgu atau pensyarah anda.
4- Gunakan semua deria anda (lihat,dengar,rasa)..jika anda suka warna, gunakan banyak warna untuk nota anda tapi jangan sampai anda pening tak tau mana yang penting. Dengar, anda perlu menyebut kembali apa yang telah anda lihat. Dan akhirnya anda bayangkan kedudukan nota anda tadi.
5- Apabila anda dapat kuasai, cuba ceritakan kembali topik tersebut pada mereka yang anda rasa selesa.
6- Jangan panik, selalu doa dan solat. Gunakan masa paling anda suka untuk menghafal atau study jangan sesekali gunakan mood. Bahaya padahnya.


Tag: tips belajar last minute, belajar di saat akhir, cara kuasai topik lemah, cara belajar saat akhir, bagaimana menggunakan semua deria semasa belajar, cara sediakan jadual untuk ulangkaji, bercerita semula topik yang anda kuasai, kelebihan berkongsi ilmu, ilmu patut dikongsi.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain