Sempurna Islam - Remaja disihir kerana Gambar di Facebook




Di atas adalah suntingan kuliyah dari Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum meletakkan gambar di facebook atau laman sosial yang lain bertujuan untuk menunjuk2. Sungguh sempurna Islam itu melarang umatnya meletakkan gambar kerana mengelakkan kejadian tak diingini berlaku. Contoh di bawah petikan dari Kosmo :
NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.
"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.
Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.
Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.
Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.

Kesimpulannya, Islam itu indah dan sudah sempurna kenapa perlu kita pertikaikan lagi hukumnya. Sepertimana kita ketahui di Malaysia belum ada lagi akta untuk menangkap penjenayah sihir. Sihir sangat mudah didapati dan murah untuk kita gunakan. Jadi sebab itu kenapa kita perlu letak gambar kecil bagi perempuan, supaya mengelak dari terkena sihir. Sihir ni bukan senang nak buang. Kalau buang mesti akan kene balik sebab dasar dengki dan tak puas hati manusia. Jadi renung2kan.

sihir guna gambar dalam facebook,hukum letak gambar di facebook,letak gambar kerana nak menunjuk,hukum letak gambar kerana menunjuk,akibat letak gambar dalam facebook, padah letak gambar di laman sosial,letak gambar di facebook bahaya,waspada letak gambar di facebook, pujian gambar membawa racun,hukum letak gambar tidak haram tapi, bahaya upload gambar manja,berdosa upload gambar yang menghairahkan,bahaya gambar perempuan di facebook,gara-gara upload gambar di facebook,hukum papar gambar di facebook atau laman sosial untuk tatapan umum,hukum wanita letak gambar di facebook,remaja disihir dengan gambar facebook
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain