Bagaimana berdepan dengan kawan yang bermasalah?

Semua orang ada kawan. Tak kisahlah ramai or sedikit. Kadang2 mereka menganggap kawan ni penting malah lebih penting dari keluarga mereka. Erm...salah tu. Tidak sepatutnya kawan lebih dari famili. Famili dulu baru kawan. Lagipun kawan bukannya mempunyai hubungan yang rapat berbanding famili. Malah kawan tak mampu menarik kita ker syurga even die seorang tahfiz.

Owh, jauh sudah saya melalut. Saya cuma mahu berkonsi dengan pembaca bagaimana kita mahu mengatasi masalah bila berdepan dengan kawan yang bermasalah. Contohnya, kawan kita tu tetiba masam muka dengan kita, mereka bergaul terlalu bebas dan kawan yang selalu membuat kita tak selesa dengan dia. Semua jenis ni boleh menjadi gangguan pada kita. Jika kita seorang yang sensitif pasti akan terasa dengan sikap kawan tersebut.

Jadi untuk mengatasinya, anda perlulah mengambil masa yang terbaik untuk berdepan dengan kawan terbabit. Yang pasti mood kawan anda adalah baik. Dan mulakan bicara anda, bagitahu ketidakpuasan hati anda terhadap kawan anda. Pastikan anda berdua sahaja. Jangan meninggikan suara khuatiri orang lain dengar. Kita cuba berlembut dahulu supaya dia merasai keterhormat kita pada die. Berdepan dengan kawan ni adalah baik kerana kita mampu mengeluarkan kita puasan hati kita terhadap die juga mampu mengurangkan dosa dari mengumpat die.

Satu lagi apa yang saya perhati, orang sekeliling saya sangat suka memperli sebab cuba untuk menyakiti kawan tadi sepertimana sakit hati kita ni. Ermmmm, salah tu sebab apabila kawan kita itu hati batu, tempias akan kene balik pada kita. Dah la sakit hati, dosa pun dapat.

Kesimpulannya, cuba susun ayat dan berdepan dengan kawan anda tersebut. Paling kurang kita dapat bantu kawan kita itu berubah menjadi lebih elok. Insyallah.
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain