Exercise yang boleh menambahkan ketinggian anda secara semulajadi!

Bagaimana dengan diet pemakanan anda? Sudah anda ubah? Atau masih dalam proses untuk membuat rancangan? Tak pe, mulakan perlahan-lahan supaya anda tidak tertekan dengan ketinggian anda. Lakukan dengan niat dan perbuatan yang konsisten. Ok, anda tahu bahawa selain pemakanan, exercise juga mampu meningkatkan ketinggian badan anda. Tapi anda perlu tahu jenis2 senaman yang mampu tinggikan badan anda. Tak semua senaman boleh tinggikan badan, ada juga mampu membantutkan ketinggian anda. Awas dalam memilih senaman.

Kajian dibuat menunjukkan terdapat 3 jenis senaman yang mampu tinggikan badan anda. Iaitu senaman regangan seperti bergayut, regangan ala berenang dan regangan pada pelvis anda.

Bergayut ini penting kerana ketinggian kita berkait rapat dengan graviti bumi. Graviti bumi ini adalah penyebab kepada kerendahan kita. Jadi untuk mengurangkan masalah ni, anda perlu bergayut bagi memanjangkan kembali ketinggian anda. Ia mampu menambah 2 inci ketinggian anda. Hebatkan bergayut ni.

Regangan ala berenang, ialah anda meniarap dan mengangkat sebelah kaki dan tangan seolah-olah anda sedang berenang. Ia sepatutnya dibuat secara menyilang. Regangan ni mampu membuatkan anda terasa seperti melonggarkan urat2 anda yang ketat. Jadi dalam masa yang sama ia mampu meningkatkan ketinggian anda. Lakukan senaman secara konsisten supaya anda merasai perbezaannya. Senaman ni perlu dilakukan perlahan-lahan. Anda boleh mulakan menahan selama 4 saat sehingga 20 saat.

Regangan pada pelvis, iaitu senaman dimana anda mengangkat pelvis anda dan menahan selama 20 saat atau paling lama 30 saat. Apabila ia dilakukan berterusan, anda akan merasai regangan pada hips anda. Lakukan senaman ni perlulah mendapat nasihat dari doktor supaya anda dalam keadaan baik.

Setiap senaman yang anda buat perlulah konsisten dan jika anda masih baru lagi, mulakan secara sederhana supaya urat badan anda tidak terkejut. Anda juga dinasihatkan supaya tidak berhenti bersenam kerana ia boleh membantutkan usaha anda untuk mencapai ketinggian yang diingini. Ada juga senaman dari yoga yang boleh dipraktikkan untuk regangan ni. Klik sini.




Omu_rice
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain