Cara membuang ketuat di kaki dan bagaimana menghalang ketuat merebak.





Ketuat adalah sejenis penyakit kulit. Ia boleh berjangkit dari satu tempat ke satu tempat. Contohnya, jika ibu jari kaki anda terkena ketuat pasti jari sebelahnya akan ditumbuhi ketuat. Jika tidak dirawat di mampu memburukkan kaki anda. Ketuat biasanya keras dan payah untuk dibuang melainkan menggunakan ketip kuku. Namun ketip kuku ni tidak berapa digalakkan kerana mempunyai kuman. Jika anda menggunakannya ia boleh merebak lagi teruk jika anda tidak menggunakan ubat yang bersesuaian.


Petua membuang ketuat

Ketuat boleh dibuang dengan banyak cara melalui petua2 di bawah:

-          1.Menggunakan bawang putih dan lekatkan atau sental pada ketuat, tapi sebelum tu, ketuat mesti di kikis terlebih dahulu supaya air bawang putih meresap masuk dalam ketuat.

-          2.Menggunakan bancuhan abu ubat nyamuk, sapu pada bahagian ketuat setiap hari sehingga ia kecut.

-          3.Sapukan sedikit kapur sirih pada ketuat, biarkan ia kering. Lakukan ia sebelum masuk tido. Supaya ia bertindak mematikan ketuat semasa anda tido.

-          4.Penggunaan getah betik atau pisang. Titiskan getah pada ketuat. Sebelum titis pastikan anda mengikis ketuat supaya getah tu meresap masuk dalam ketuat.

-          5.Vitamin C, anda boleh menggunakan vitamin C tablet dengan menghancurkan sehingga ia menjadi paste, letakkan paste tu pada ketuat dan balut atau biarkan ia kering. Yang pasti, kikis terlebih dahulu ketuat anda.

-          6.Cuka, anda boleh menggunakan cuka pada kapas dan lekatkan pada ketuat.


Cara menghalang ketuat merebak 
     
  Ketuat mesti dibalut dengan kain balutan supaya ia tidak merebak ke tempat lain atau jari lain.

        Jangan gigit atau menggunakan ketip kuku pada ketuat anda kerana ia mempercepatkan virus merebak

-           Sentiasa keringkan kaki atau tangan anda yang dijangkiti ketuat kerana ketuat suka kawasan yang lembab.

-          Sentiasa memakai kasut atau sandal di kawasan mandi awam, kawasan bilik persalinan ini kerana ketuat     sangat suka kawasan lembab.

-           Jangan menyentuh ketuat orang lain atau anda punya secara sengaja melainkan untuk mengubati.

-          Jangan berkongsi stoking, pisau cukur, kasut, dan tuala dengan orang lain.

-          Sentiasa jaga kaki anda dengan mengeringkan selalu kaki anda tiap kali kaki anda basah.


Cara mengubati ketuat di atas yang jenis plantar. Iaitu ketuat yang suka tumbuh di kawasan kaki, jari dan tangan anda. Mengikut pengalaman saya, saya pernah dijangkiti ketuat ni mungkin kerana saya berjangkit dari adik saya. Adik saya menghilangkan ketuat secara tidak sengaja iaitu dia terpijak lebah. Sengatan lebah lebih panas menyebabkan ketuat tu luruh secara sendiri. 

Bagi ketuat di kaki saya, saya menggunakan ubat farmasi yang disarankan oleh doktor. Alhamdulillah dalam masa seminggu ketuat luruh dan tidak meninggalkan parut langsung. Apa yang saya lakukan ialah, setiap malam saya mengikis ketuat saya, selepas tu saya menyapu ubat tu dan dibiarkan kering sebelum saya masuk tido. Ubat tu telah mengecutkan ketuat saya dengan memberi kesan putih pada ketuat tu. Akhirnya ketuat tu luruh seperti ia kecut dan meninggalkan kulit seperti mengelupas. 

Lama kelamaan ia pulih sediakala. Sebelum tu, masa saya kecil pernah dijangkiti ketuat di jari. Ketuat ni saya buang dengan menggunakan salah satu petua di atas. Iaitu menggunakan getah pisang. Apa yang saya buat ialah mengikis ketuat tu sebelum meletakkan getah. Tak sampai 2 minggu ia luruh tapi ia meninggalkan parut sampai sekarang. Tapi apa yang saya rasa ia berparut kerana kesan dari saya menggunakan ketip kuku sebelum menggunakan getah.



Omu_rice

18 comments:

armouris said...

lagi info tentang ketuat di SIHAT SELALU - Berkongsi Tuala Boleh Jangkit Ketuat

puanbee said...

dulu2 guna getah betik ok juga terus hilang ketuat tu

Omu Rice said...

yea...betul tu...

Zul Fattah said...

masih mencuba...

LadyBird said...

info yg bgs..

Gen2Merah said...

info yang menarik.. baru plak saya tau ni....
rasanya kaki saya macam ada satu.. ehehe

Ashikin Dzulkifli said...

apa nama ubat farmasi yang awak beli tu. boleh tunjukkan harga, gambar dan nama ubat tu. saya ada ketuat kat jari kaki. sebelum jadi teruk, saya nak cari ubat tu.

Omu Rice said...

nama ubat tu...duofilm...harga ase macam rm35++...kalu student uitm...g jer klinik uitm...dapt free ubat tu....alhamdulillah mmg mujarab...

QmaRidh said...

ambil VCO Softgel sbg supplement harian...InsyaAllah ketuat, kutil leh hilang...

Khairul Anuar said...

nak kikis dgn apaa yer ketuat,bleh sesiapa bagitahu?

Omu Rice said...

saudara khairul...anda boleh kikis dengan pisau lipat atau mana2 alat yg tajam sesuai untuk mengikis...

Anonymous said...

aku masih mencuba.tapi ubat yg aku beli tu harga cuma rm15 je

saHira ♥ said...

Mcm mne nk kikis ketuat dgn pisau lipat or benda tajam? Bukan nnty darah ke?

Omu Rice said...

sahira...kikis bukan potong...sekadar hilangkn kutil bahagian keras supaya mudah ubat tu serap masuk matikan ketuat tu..

Irfan Fikri said...

Saya masih pelajar sekolah, saya rasa sbb saya ada ketuat kerana main bola tak pakai kasut. cara apa paling cepat untuk hilangkan nya? dan mengikis mcm mana?

Omu Rice said...

irfan kene kikis bahagian atas ketuat tu supaya ubat yang disapu boleh serap masuk mematikan ketuat tu. jangan menggunakan stokin yang sama dan kasut yang irfan gunakan tu better basuh supaya kuman dalam kasut tu mati...

Anonymous said...

assalammualaikum bang....sbenarnya saya nie pun ada ketuat...saya dah buat pembedahan kat hospital tp,doktor kata ketuat nie ttp akn tumbuh blik so,msih ada harapan lgi tak saya nk ubat ketuat saya nie??abg kikis ketuat tue mcmna erh??tk skit ke??

Omu Rice said...

ketuat tu banyak jenis dik. maybe ketuat adik tu tahap yg kritikal. sbb sy nye ketuat tahap biase jer. kikis sekadar buang yg bahagian ats. yang paling keras tu. supaya senang serap masuk matikan ketuat tu....tak sakit pn...

p/s: sy dara bukan teruna...hik2..(^_^)

Ratings and Recommendations by outbrain