Tsunami melanda Utara Jepun

Itulah berita paling hangat sekarang yang telah berlaku kat Jepun. Saya dah tonton pelbagai jenis video tsunami yang melanda Utara Jepun. Ada yang amaturlah ada yang professionallah.Tapi semua tu menceritakan menda yang sama iaitu tsunami dan gempa bumi di Utara Jepun. Belum reda satu cerita, muncul cerita lain. Makin banyak huru hara yang mengancam muka bumi kita. Andailah saya di tempat Utara Jepun, pasti penyesalan yang amat pasti sebab lambat bertaubat. Bencana yang melanda Utara Jepun buat saya tersedar seketika, Allah maha Berkuasa. Hebat Dia menentukan keadaan dunia ni. Andai saya lambat bertaubat, lambat mohon maaf, lambat membayar hutang, lenyaplah saya di makan bumi dan penyiksaan menanti saya.

Saya bukanlah alim untuk mengajak manuasia untuk berbuat baik. Saya bukanlah dikalangan mereka yang mempunyai sijil untuk berdakwah. Saya manusia biasa yang penuh dengan dosa, dosa yang telah saya lakukan.Kerana dosa saya ni, saya lemah menghafal, saya lemah dalam segala hal. Allah maha Adil. Dia mengambil pemberian yang telah Dia bagi pada saya. Sebagai contoh, kecerdikan saya, kepandaian pengurusan masa saya, kawan yang baik, telinga untuk mendengar, dan mata untuk melihat. Saya tak kata buta, namun rabun juga salah satu penyiksaan bagi saya. Allah adil, Dia tarik semua tu. Saya makin lama makin lemah. Andai saya tak kuat iman, pasti saya hidup kemurungan dan mungkin perkataan gila akan terkeluar. Saya jadi gila.

Allah sangat berkuasa. Saya masih lagi mampu tersenyum tapi bukan senyum gila. Masih lagi Allah sayangkan saya kerana masih mempunyai keluarga yang tak pernah putus2 mendoakan kejayaan saya. Setiap masa, tiap saat, saya merasakan perubahan atas segala doa keluarga saya terhadap saya. Namun, setakat mana saya mampu membalas budi mereka. Duit banyak labur pada saya, tapi masih belum menerima pulangan walaupun usia sudah matang. Kenapa? Kenapa? Salah saya kerana saya cuai. Saya cuai......sangat cuai..


p/s: moga rakyat malaysia terselamat dalam bencana tsunami di Utara Jepun.
Omu_rice
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain