Apabila sunyi, ingatlah Allah.

Alhamdulillah, berkat niat hati yang kuat. Omu berjaya menundukkan kesunyian hati ni. Omu sangat bersyukur sebab masih lagi Allah menyayangi Omu walaupun banyak dosa yang Omu lakukan. Omu sayang Allah. Omu sayang Allah. Tiap kali sunyi, Omu berusaha menyembunyikan sunyi hati ni. Omu cuba larikan pikiran yang sunyi ni kepada benda lain. Dan alhamdulillah, sudah 2 minggu Omu dapat membendung hati ni. Omu memang sunyi, sunyi tahap orang tengok Omu ni happy.

Sungguh Omu sunyi, tapi macam Omu katakan. Allah sayangkan Omu. Omu sabar dengan ketentuan yang menimpa diri Omu ni. Omu tahu, setiap yang berlaku pada Omu ada hikmahnya. Tapi.......Tapi sampai bila Omu nak sedar??? Nak tunggu perkara yang tak boleh diubah menimpa Omu baru Omu nak sedar? Omu tak nak dan takut untuk hadapinya lebih2 lagi kehilangan orang yang Omu sayang. Mungkin nilah takdir yang Omu cipta sendiri yang menyusahkan diri Omu sendiri.

Ingatlah, bila sunyi Allah sentiasa di sisi. Allah sangat sayang kita. Jangan kerana dunia kita hanyut dan lupa akan pencipta kita. Omu perhatikan zaman sekarang, adik2 yang usia muda terlalu leka dengan dunia yang dorang cipta sendiri. Kenapa? Mana agama kita? Kenapa boleh abaikan? Omu bukanlah alim sangat sampai nak mengajak orang berbuat baik namun, atas sebab keprihatinan dan pemerhatian yang mendalam. Perkara ni menjadi olahan otak Omu sebab Omu berada sebilik dan sedorm dengan adik2 yang muda 5-6tahun dari Omu. Dorang kadang2 dikejutkan budaya yang tak pernah nak bersyukur. Tah lah macam kasar pulak ayat Omu ni.

Pape pun, Omu yakin dorang pasti berjaya. sebab dorang tak makan kawan. Dan sangat menghormati antara satu sama lain. Langsung tak de perasaan iri hati. Owh, bahagianya Omu kalau dilahirkan pada tahun dorang. Omu nak macam dorang. Tak de langsung iri hati sesama dorang. Saling hormat menghormati, langsung tak de tengking2 kawan. Malah saling bantu membantu. Omu jeles sangat. Tapi tak pe yang penting, dorang suka Omu,hehehe...(^_^)



LogaMaya
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain