Pengurusan masa bermula selepas solat subuh


Maya berminat nak berkongsi dengan rakan blogger pasal pengurusan masa apabila di awal pagi. Maya terjumpa satu blog tentang kupasan isu tidur selepas subuh. Kat sini. Blog ni lebih kepada kupasan yang membaiki diri kita supaya lebih baik. Jadi Maya sebelum ini pernah jugak merasai kelebihan bangun awal pagi atau tak tidur selepas subuh. Apa yang Maya rasa, kepanjangan masa apabila di awal pagi sangat panjang. Terasa banyak sangat kerja telah dilakukan. Otak pun lebih terasa segar bila kita melakukan kerja.

BAHAYA TIDUR PAGI

[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.
[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma'ad, 4/378)
[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma'ad, 4/222)
Jadi, Maya harap rakan blogger kurangkan tidur pagi. Maya pun selalu pratikkan tidur tengahari, biasanya sebelum zohor tak pun selepas zohor. Tapi Maya tidur sekejap jer. Sekadar merehatkan otak. Bagi mereka yang masih belajar lagilah menitik beratkan tidur ni. Kesan tidur ni mampu menjejaskan pelajaran anda. Untuk bacaan lebih kanjut sillalah ke blog ini.



Omu_rice
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain