Kepakaran melalui pengalaman.

Salam,
Pagi terasa nak hujah sedikit. Sepertimana yang korang tahu pasal Omu, Omu sangat meminati tenis. Walaupun, Omu tak berpeluang nak bermain di peringkat lebih tinggi namun minat ini membuatkan Omu makin lama makin suka bermain. Even usia sudah menjangkau perak tapi masih kuat bermain malah makin pandai mengawal bola. Owh, indahnya bermain tenis ni.

Apa yang Omu nak katakan ialah untuk menjadi seorang yang pakar, kita perlukan pengalaman. Atau mungkin latihan yang berterusan dalam bidang yang sama.Omu akui, kepakaran membuatkan kita terasa seperti hebat dalam menguasai bidang tersebut. Tapi jangan kita mudah lupa, kehebatan dan kepakaran yang ada pada kita bukanlah dari kita tapi kita pinjam dari Allah S.W.T. Andai kita mahir dalam sesuatu bidang, perlulah kita tunduk balik dan sujud syukur kerana kita diberi nikmat yang kadang2 tak diberi pada orang lain. Bersujud syukurlah moga kita sentiasa dimurahkan rezeki sepanjang kita hidup.

Jadi apa yang perlu kita buat untuk menjadi pakar? Mudah hanya perlu mempertingkatkan ilmu dan pengalaman supaya kita boleh menjadi pakar dan satu masa nanti orang memerlukan kita. Omu nak sangat jadi pakar tenis. hehehe..Boleh ker??? padahal bukan nyer wakil negara sampai orang nak akui kepakaran kita. Tapi pape pun Omu rasa bersyukur sebab masih lagi mampu memegang raket tenis nak menghayunkan pukulan yang padu pada dinding yang menjadi teman Omu sepanjang Omu bermain tiap2 pagi sabtu dan ahad.

Hebat nya seseorang tu, pasti dimulai dengan kepayahan pahit maung untuk mengecapi kemanisan sekarang.





LogaMaya
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain