Cara turunkan berat badan dengan cepat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Menarik tak tajuk tu? Ke rasa ragu2? Hurm, Omu nak bercerita pasal pengalaman Omu berdiet ni. Diet yang Omu lakukan ialah berdiet tanpa makan nasi. Yea, Omu memang langsung tak makan nasi. Berdasarkan entri sebelum ni berdiet turun 10kg!!!!!, memang ramai yang memberi respon yang negatif tentang diet Omu ni. Apa tak nya, Omu diet memang tak makan nasi dan hanya makan telor. Yea, Omu makan telor jer. Tapi hanya untuk seminggu saja.Pastu untuk minggu seterusnya perkembangan diet Omu!, Omu telah ubah cara diet tapi masih mengekalkan diet tanpa nasi. Jom kita tengok kelebihan dan keburukan diet tanpa makan nasi...klik read more yea...
Kelebihan diet tanpa nasi @ low carb :
# mengurangkan kolestrol dari karbohidrat
# mengurangkan gula dalam badan, sangat bagus untuk mereka yang kencing manis
# tak rasa semput kekenyangan
# gigi akan bersih kerana kurang pembentukan plak
# meningkatkan tenaga dan terasa badan ringan
# tak rasa lenguh2 atau sengal2 urat
# tidor pun lebih baik dan nyenyak
# untuk jangka masa panjang ia sangat baik untuk kesihatan badan dan berat badan

Keburukan diet low carb :
# tidak sesuai pada mereka yang mengandung, budak2, dan remaja yang tengah nak meningkat naik
# nafas yang sangat busuk sebab dari pencernaan dari perut
# sembelit yang melampau
# kadang2 pening kepala
# rambut akan gugur, Omu belum lagi gugur rambut.
# kaki akan cramp


Tapi keburukan ni hanya berlaku pada 2 minggu pertama, selepas tu badan dah ok. Ini kerana kesan dari perubahan badan terhadap apa yang kita makan. Jadi janganlah sebab keburukan itu, korang malas nak diet cara ni. Diet ni memang tak memberi kesan pada berat korang untuk minggu pertama dan kedua. Kalau korang timbangkan berat tu sama jer. Tapi korang dapat rasa perubahan pada badan, terasa susut sikit. Kawan korang pun akan perasan perubahan tu. Biasanya ia dimulakan dulu susut di leher korang, bahu korang dan lengan korang. Memang susut. Sebab tulah, bila korang minum jus mate 5, korang dilarang makan nasi. Sebab minuman ni membantu mempercepatkan lagi tenaga metabolisme korang.

Kalau korang diet cara murah ni, tanpa makan nasi. Result dia sama cuma bezanya cepat dan lambat. Tapi kalau korang memang suka bermain dan bersenam. Omu cadangkan tak payah lah minum Jus mate 5, sebab mahal. So, untuk lebih baik kesannya. Omu cadangkan korang diet dulu tanpa makan nasi dan bila dah selesa. Barulah korang boleh minum jus mate 5 untuk mendapatkan kepuasan yang maksima. Omu bagitahu ni sebab pengalaman Omu. Omu bermula diet dengan jus mate 5, tapi sayang hanya turun sekilo sebab Omu tak ikut dietnya. Omu main lantak jugak nasi. Sebab tu Omu menyesal sangat2. Omu minum jus mate 5 ni tahun lepas 2010 sebelum berpuasa.





LogaMaya
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain