Buku 'Rahsia Ajaib untuk Berjaya' review

Saya nak bercerita sikit pasal buku ni. Buku ni sangat sesuai bagi mereka yang masih lagi tak tahu nak balik ke pangkal jalan. Maksud saya di sini ialah menerapan cerita menggabungkan kuasa membentuk diri. Ia bercerita tentang seseorang yang mundur berjuang mencari kejayaan. Setiap jalan ceritanya telah membuatkan pembaca berfikir sejenak dan membangkitkan suasana ingin berubah menjadi lebih baik. Kuasa jalan cerita telah menambahkan lagi kekuatan dan pemahaman pembaca bagaimana kita perlu berjaya.

Mengadaptasi seperti Quran, di mana menggunakan jalan cerita untuk memahamkan pembaca. Di akhir buku ni telah dibuat kesimpulan bagaimana untuk kita berjaya. Saya sangat kagum dengan penulisan Razzi Armansur, kerana ia lain dari buku2 motivasi yang lain. Walaupun buku ni telah lama dipasaran, saya baru pertama kali membacanya. Sebab saya ni bukan minat sangat baca buku pun. Tapi atas dasar nak mengubah diri untuk ke arah lebih baik telah membuatkan saya membaca habis buku setebal 160 m/s.

Buku ni telah mengetengahkan pikiran positif untuk berjaya. Kita nak berjaya perlulah positif dan sentiasa bersatu untuk mencapai kejayaan. Dan kejayaan itu, bermula dari bawah. Ia tidak datang bergolek tanpa fokus dan impak yang kita pikirkan. Yang penting ditekankan dalam buku ni ialah fokus dan impak apabila fokus kita tu, kita dapat capai. Oklah, tu sahaja dapat saya ulaskan. Nak tahu lebih lanjut belilah buku ni.



Omu_rice
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain