Aku suka bermain tenis dengan dinding

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sudah lama Omu tak berblog tentang diri Omu nikan. Minta maaf kepada blogger yang singgah ke blog Omu ni, Omu akan balas jejak korang semua. Omu rindu sangat nak BW ni. Omu jarang update blog ni sebab banyak sangat assignment yang kene Omu siapkan. Yelah Omukan student final year, korang semua doakan Omu yea supaya habiskan degree ni. Hurm, banyak sungguh dugaan belajar ni. Tapi Omu mohon agar sentiasa fokus dan selalu ingat pada impak yang akan Omu terima jika habis belajar ni.


Omu nak berkongsi dengan korang pasal hobi yang Omu minat giler dari sekolah lagi. Apa lagi kalau bukan tenis. Omu suka sangat bermain tenis ni lebih2 lagi dengan dinding. Sebab bila kita bermain dengan dinding, kita puas sebab kita tahu setakat mana kemampuan kita. Tak perlulah duk mengutip bola jer. Main dengan dinding ia makin lama makin improve. Tambahan pulak, ia cepatlah menaikkan skill bermain tenis ni.

Bagi Omu, tennis tips Omulah. Yang penting minat mendalam, dan memang suka mencuba. Omu pandai bermain tenis ni pun atas minat Omu melihat pemain2 tenis beraksi di court tenis. Omu belajar cara dorang pukul, tengok dorang memegang raket. Semua nya dari melihat tournament2 yang kat chanel sport. Dari situ, Omu suruh ayah Omu belikan raket tenis yang murah. Omu cuba la pukul2 bola dengan dinding dulu. Masa tu dinding porch kereta jadi mangsa. Memang banyaklah kesan2 bola bertepek kat dinding. Sampai mak ayah membebel. hehehe.

Setiap kali Omu sambung belajar, pasti Omu akan meneruskan mainan tenis ni. Kat matrik, diploma dan sekarang degree. Bezanya, Omu tak masuk pertandingan. Omu hanya main suka2, memang syoklah main permainan yang kita minat. Omu pernah ajar kawan Omu main tenis, tapi tak tahu nape? Omu jadi cepat naik angin bila ngajar orang.hehehe. Kesian kawan Omu tu, Omu tengking2 kadang2 bagi bola laju sampai dia tak boleh amik. Memang kejam cara Omu ni. Tapi tak pela, kawan Omu tu pun tah kemana dah. Omu dah tak amik pusing hal dia dah.

Jadi sekarang ni, minat terhadap tenis masih membara lagi even usia nak meningkat. Omu harap Omu boleh lagi bermain tenis ni sampai Omu ada anak. ahhahaha, nak ajar anak Omu main tenis pulak. Tapi tak tengking2, ajar dengan penuh kasih sayang. Cewah...tak leh belah. Pakwe pun belum wujud lagi, nak anak2 pulak.hehehe. Klah, Omu stop lu. Korang pernah main tenis tak???? Ceritalah pengalaman korang macam mana korang boleh pandai??? Tak pun mana2 permainan yang korang minat giler....jom kongsi..



LogaMaya
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain