Tips menguruskan badan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sambungan dari entry berdiet turun 10kg!!!. Omu lambat nak update sebab kesuntukan masa dengan assignment yang bertimbun, almaklumlah last year. Ok, Omu mula diet 3hb Jan lepas. Seminggu Omu diet dengan hanya makan telur saje, nak tahu silalah ke entry berdiet turun 10kg!!!. Ye, betul. Memang Omu hanya makan telur saja. Tapi memang tak bagus, Omu dapat rasakan muka Omu makin banyak jerawat dan mulut berbau. Agak pelik sebab sebelum ni tak de pulak macam tu, jadi bemula isnin 10hb Jan. Omu telah menukar diet Omu.

Omu tak amik langsung nasi, Omu hanya makan lauk pauk saja. Biasanya Omu amik ayam seketul dan sayuran yang berwarna terang2. Masa 10hb Jan itu, Omu telah menimbang berat badan Omu. Berat badan Omu turun sebanyak 1kg dengan diet makan telur. Dari 65kg ke 64kg. Omu sukalah berdiet macam ni, jimat duit Omu. Kadang2 Omu menggantikan nasi dengan kue tiow xpun beehoon. Tapi bila tekak rasa nak makan jer. Apa yang Omu setkan ialah badan Omu ni dapat kurus kepada berat ideal dan Omu nak kurangkan minum minuman manis.

Nak mulakan kembali zaman kurus dengan lebih teratur di masa akan datang. Kurus Omu ialah nak mengelak dari penyakit2 seperti kencing manis dan sebagainyalah. Umur makin meningkat ni, kenalah kurangkan makan makanan yang tak berkhasiat.

LogaMaya
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain