Permulaan kuliah esok

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Esok aku akan menghadiri kuliah seperti biasa. Kuliah ini kuliah untuk tahun akhir atau pun nama lain sem akhir. Aku letih sangat2 sebab aku masih belum dapat lagi rumah sewa. Ada rumah sewa pun tapi mahal. Aku tak mampu nak bayar sebab tak berbaloi dengan apa yang terservis.
Jadi sekarang ini, aku berada dalam dorm yang luas. Semua manusia ade, macam2 bentuk ade. Yang paling tak syok tapi aku bersyukur ialah tandas yang diubahsuai menjadi tempat mandi. Dimana diletakkan batang paip hujan untuk kitaorang mandi. Wah, cuba bayangkan tengah bersyampu-syampu, tersepak bekas mandi. Pergh, lubang tandas jawab nya.

Tapi setakat mandi sekali ini, aku belum lagi mengalami masalah tu. Cuma agak terkial2 sebab penyangkut tuala tak de. Jadi terpaksa aku dengan kudrat badan yang tak berapa tinggi ini, meloncat2 meletakkan tuala atas palang pintu. Nasib baik belum tercampak keluar. Yelah kalau rendah, nak bajet letak tu payah.

Jadi aku berdoa supaya sem akhir ni, aku boleh buat terbaik dari sem akhir diploma aku......huhu....yosh!!!!!!!

LogaMaya
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain