Pengalaman berdepan telinga pekak sebelah!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Terima kasih pada the seventh heaven kerana bertanya tentang telinga Omu. Bagaimana anda tahu yek pasal telinga Omu? Omu ada mengadu ker? hehehe wat2 lupa lak. Omu cerita dulu yea, macam mane lah Omu leh pekak sebelah. Masa tu Form 1, Omu sekolah kat asrama penuh. Omu tak ganggu pun minah ni, tapi tak tahu nape die datang sebelah Omu pastu jerit sekuat hati macam nak lepaskan geram kat bukit. Ko bayangkan jerit macam tu kat telinga, memang hancurlah telinga.

Die jerit telinga kat sebelah kiri Omu, tapi Omu pekak sebelah kanan. Pelik kan? Tah la????? Konfius??? Pastu esok Omu jumpa doktor nak tahu rosak tak gegendang telinga. Doktor tu just bagi ubat titik dan kata ok jer. Ok jer??? Rasa nak hempuk jer doktor tu. Dah explain berdegung pun die kata tak de pape. Tapi biar jerlah. Jadi Omu titiklah cam biasa jer. Tapi masa tu belum tahu lagi kepekakkan telinga sebab masih baru dan just berdegung jer. Minah tu sebelah katil Omu buat slumber jer. Memang sengallah, buat tak rasa bersalah langsung. Geram gilalah. Memang tuhan jer tahu kegeraman hati ni.

Pastu, Omu tukar sekolah sebab tak tahan duk asrama dan menyampah ngan minah tu. Bila Form 5, penyakit pelik datang hinggap kat Omu. Apa yang Omu perasan, bila jer telinga berdegung. Kepala Omu akan pening berpusing2, pastu Omu akan muntah sampai perut kosong. Muntah kuning yang pahit. Pergh!!!! Tuhan jer tahu, betapa peritnya. Tapi yang peliknya ia hanya sehari jer. Tapi dalam sebulan boleh kene sampai 5kali. Pergi jumpa doktor, doktor kata Omu ni tak amik breakfast. Sebab tu pening2 kepala. Tapi Omu mengadulah pasal telinga tapi doktor kata masalah utama adalah tak sarapan.

Jadi Omu biar jelah. Omu pun jagalah sarapan Omu. Tiap2 pagi makan sebelum pergi ke sekolah. Sebulan Omu tak kene penyakit pelik tu. Tapi selepas sebulan, ia muncul balik. Memang teruk kali ni. Muntah2 sampai ayah Omu hantar jumpa doktor sebab asyik muntah dari pagi sampai ke malam. Jumpa doktor, dia just bagi ubat dan langsung tak explain penyakit Omu ni. Yang paling tak best, Omu kene cocok kat buntut. Sakit woooo...Masa itu, Form 5. Dah besar pun kene cocok kat buntut.

Satu jer, masalah Omu. Omu malas nak jumpa doktor pakar. Dah dapat 2 surat tapi masih malas nak jumpa pakar. Alasan Omu, malas masuk hospital. Ramai orang dan lama kene tunggu. Jadi kalau ada masalah telinga cepat2lah jumpa pakar. Jangan jadi Omu ni. Segera tau jumpa doktor. Sekarang ni pun, Omu kadang2 terasa bila berborak dengan member2 Omu. Yelah dorang kene ulang 2kali supaya Omu paham. Tak ker macam orang tua tu. Kadang2 dorang malas nak ulang, pergh terasa beb. Pastu ade jugak yang kene cakap kuat2. hahaha kesian kan Omu ni.

Sekarang telinga Omu masih belum lagi baik. Dan dah banyak ubat Omu makan, ubat hospital, alternatif dan kampung. Semua dah serap dalam badan ni tapi masih pekak jugak. Omu tak de cara lain melainkan jumpa pakar sebenarnya. Jadi kepada yang bertanya, Omu harap anda jumpalah doktor pakar. Itu terbaik. Dan Omu nak bagitahu, telinga sangat penting. Dengan telinga kita nak bertelefon, nak mendengar ilmu dan lagu dan macam2 lagi.

Omu akui kerana telinga, Omu langsung tak dapat nak beri tumpuan sepenuhnya dalam kelas. Lebih2 lagi apabila lecturer bersuara kecik. Sakitlah nak dengar dan faham. Sampai satu tahap Omu langsung tak beri tumpuan dan selalu mengelamun. Tengoklah kesan telinga pekak ni kadang2 sampai jejas pelajaran. Omu harap pergilah jumpa pakar dan mana tahu boleh pasang alat bantuan pendengaran ker. Jangan jadi macam Omu duk tangguh2. Memang stress bila tak dengar ni. Tapikan satu jer kelebihan pekak sebelah. Kalau jumpa orang banyak cakapkan, kita angguk jer dan senyum. Buat2 dengar padahal tak dengar pun. hahahaha. Omu hanya boleh nasihat jumpalah pakar yea. Klah, rasanya menjawab tak persoalan anda.


LogaMaya
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain