Kelebihan Nokia N8

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Cantikkan Nokia N8 ni, teruja aku tengok tapi tengok jelah. Nak beli tak mampu, duit tabung nuffnang pun belum matang lagi. Sedihkan. Even ada ptptn pun, aku belum berani nak gunakannya. Sebab aku di sem akhir ni bakal menggunakan wang yang banyak. Jadi pada mereka yang nak beli hp ni, mari kita tengok kelebihan hp ni.

Sumber ni aku dapat dari gsm arena. Nokia N8 ini hebat sebab :
- mempunyai kamera 12mpxl dengan auotofocus lagi.sangat sesuai bagi mereka yang suka snap gambar makanan untuk dimuatkan dalam blog.
- kelajuan hp ni menggunakan RAM 256MB, jadi kalau masuk ke mana2 functionnya tak perlulah tunggu lama.
- ada wifi, wifi sangat best sebab korang boleh online kat mana2 jer. lebih2 lagi mereka yang suka berblog or facebook.
- kapasiti simpanan memori yang agak besar. mampu menyimpan 3 buah drama korea. hehe.
- permukaan yang anti calar.


Walaubagaimanapun setiap kelebihan pasti ade keburukannya, antaranya :
- baterinya yang tak tahan lama, tidak sesuai pada mereka yang berurusan menggunakan hp yang lama.
- kedudukan bateri yang tak user friendly.
- dan ia lebih kepada software hp tersebut.


Jadi, bagi aku semua tu tak kisah. Asalkan ia menjadi teman rapat aku bila aku perlukan nya. Hp memang paling penting dalam hidup aku. Dengan hp aku boleh mencatit segala urusan aku dan kadang2 menjadi peringatan buat diriku yang selalu kelupaan. Tambah pula, aku ni jenis suka mengambil gambar makanan. Lebih2 ape yang aku makan.hehe. Sudah menjadi tabiat aku.

sumber gambar dari gsm arena


LogaMaya

2 comments:

Zeera Lana said...

telur tue masak macam mana?
sbb aii pown tengah berdiet jugak
hehehe

omurice said...

telor tu goreng jer sbb duk kolej jadi xleh nak masak....tak kesah nak masak camne...asalkan telor jer..

Ratings and Recommendations by outbrain