Cinta mula berputik, bagaimana perasaanku?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Aduh, pertama kali aku berjumpa dengannya. Inilah first time aku berdebar2 berdepan dengannya. Berdebar2 tuhan saja yang tahu. Bermula jam 5.45pagi, aku bangkit dari tidurku. Aku bergegas ke tandas untuk melepaskan hajatku. Saatku pulang ke dorm, aku membuka lappyku untuk mengurangkan debaran hatiku.

Seketika itu, aku terdengar laungan azan subuh. Ku bergegas mengagau barang mandianku, mandiku seakan bersih lagi suci. Selesai, ku berwuduk untuk menyempurnakan solat subuh. Kedinginan subuh menyentuh ke tulang kurusku. Selesai solat, ku menjengah lappyku untuk berBW. Namun ke"jam"an line wifi kafe ku membantut hasratku.

Ku tutup lappyku dan bertakafur untuk menghilangkan debaranku. Takafur ku damai sedamai suasana pagi yang dingin. Niat untuk menjengah masa membuat daku melihat jam hpku. Masa berlalu sangat pantas, ku bergegas menyiapkan diri. Berpakaian ala kadar untuk menutup sifat kasarku, ku menunggu rakan ku bersiap. Debaran makin terasa apabila kami berjalan bersama menuju destinasi.

Sampai di tempat ditujui, aku mulakan pencarian tempat strategik bagi memudahkan perasaan cinta menyelubungi kami. Tempat yang jauh dari aircond menjadi pilihanku. Debaran ku makin kencang apabila cintaku sampai. Perbualan kami agak rancak membuatkan aku bersemangat dan mengurangkan debaran. Cinta belum berputik kerana luahan kata nya yang cukup banyak tidak sempat aku menghelakan nafas panjang.

Saat dia berhenti, aku menghelakan nafas yang panjang sangat. Debaran yang selama ni ku tunggu rupanya bukan cinta tapi bakal menerima assigment yang banyak, case study yang banyak perlu aku baca dan jadual waktu yang padat mengungkai cinta ku untuk berputik.huhu

Akhir kata doakan aku berjaya sem ni...hihi...Pelakon utama ialah aku, cintaku ialah lecturer untuk subjek MAF680. Destinasi ialah kelas kuliahku, debaranku ialah penerimaan subjek ini.


LogaMaya
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain