Cara mengurangkan perbelanjaan bulanan

Kesinambungan dari langkah2 untuk mula berjimat, saya menyenaraikan cara untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan anda. Ia sangat memberi kesan bagi mereka yang mempunyai lebihan aliran tunai yang negatif, dimana perbelanjaan lebih dari pendapatan. Anda perlu tahu untuk mengurangkan perbelanjaan anda supaya anda dapat mengumpul duit untuk simpanan. Antaranya ;

- Kurangkan makan.
Untuk mengurangkan perbelanjaan anda, anda perlulah mengurangkan perbelanjaan makanan anda. Jika anda kerap makan, anda perlu mengenal pasti pemakanan anda yang perlu anda buang atau yang menggunakan kos yang tinggi. Dan jika elok, anda berpuasa sunat setiap hari isnin dan khamis. Boleh dapat pahala.
- Kurangkan minum minuman manis.
Jika anda kerap minum minuman manis, anda perlu kurangkan memesan minuman manis. Kerana minuman manis ini bukan sahaja mahal tapi mengandungi gula yang banyak. Ia tidak elok untuk kesihatan. Jadi pengurangan belanja minum manis ini boleh menambah aliran tunai anda untuk menyimpan.
- Beli atau menggunakan barangan yang tidak berjenama.
Untuk langkah berjimat lagi anda perlu mengurangkan penggunaan barang berjenama. Anda perlu membeli barang yang mempunyai kualiti yang sama seperti barang berjenama tapi harga yang lebih murah.
- Membuang segala langganan yang merugikan anda.
Jika anda melanggan surat khabar, atau majalah2 yang tidak memberi manfaat. Anda perlu menghentikan langganan tersebut. Anda juga boleh menghentikan langganan bil telefon bimbit anda sekiranya anda penggunaan anda kurang. Tukar kepada prabayar. Lebih menjimatkan.
- Menggunakan barangan yang menjimatkan eletrik.
Memang terasa mahal untuk memilikinya, namun untuk jangka masa panjang ia lebih menjimatkan perbelanjaan elektrik anda. Malah lebih mesra alam apabila menggunakan.Tidakkah itu boleh memberi sedikit sebanyak mengurangkan masalah pencemaran bumi.

Jadi dengan cara-cara di atas sedikit sebanyak mampu, mengurangkan perbelanjaan bulanan anda. Andai anda mempunyai cadangan yang lebih baik, silalah kemukakan.

Ingin menambah sumber pendapatan dengan bisnes modal rendah? Buat duit dengan Modal Rendah.





Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain