Cara Mengeluarkan Fakta Yang Telah Dibaca


Entry kali ini lebih kepada tips mengeluarkan fakta yang telah anda baca. Tips ni sangat bagus bagi mereka yang mengambil atau mempelajari subjek membaca. Subjek membaca akan menjadi kesukaan bagi pelajar yang suka membaca tapi kurang berminat subjek kira2. Begitu juga sebaliknya. Tips ni sangat manfaat bagi mereka yang lemah dalam pembacaan. Dimana susah untuk mengeluarkan balik isi yang dibaca apabila menduduki exam.

Tips ini Maya perolehi dari akhbar tempatan. Maya hanya meringkaskan cara mengeluarkan fakta yang telah dibaca. Perkara utama yang perlu anda lakukan mestilah anda mendalami pembacaan anda, fahami setiap maksud ayat yang terkandung. Seterusnya praktikan cara di bawah untuk lebih mengingati fakta yang telah anda baca. Antaranya :

- menjawab soalan. Anda perlulah melatih diri anda untuk menjawab soalan yang sedia ada yang bersesuaian dengan tahap pembacaan anda.
- menceritakan semula pada orang lain.
- melakarkan peta minda menggunakan pen berwarna. Anda perlu pastikan bahawa anda tidak melihat kembali nota yang telah anda baca. Kiranya seperti anda menghafal sambil mencatatkan isi penting menggunakan peta minda. Selesai anda siapkan, penuhkan balik ayat2 yang tertinggal.
- mengadakan perbincangan. Lebih sesuai jika anda berbincang dengan rakan anda yang telah bersedia ataupun telah membaca fakta/nota yang sama.
- sediakan kad imbasan kecil.

Jika cara ini masih belum anda kuasai, lakukannya perlahan-lahan supaya anda tidak terus bosan dengan cara ni. Tambahan info amat dialu-alukan.

Omu_rice
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain