Betul ke? Berblog sebab Nuffnang?


Maya nak bersuara tentang dunia kita berblog. Kenapa anda berblog? Hari ni Maya banyak BW mencari idea2 dan ilmu untuk Maya gunakan dan menjadi santapan blog Maya. Maya terpanggil untuk buat entry bertajuk berblog sebab Nuffnang? sebab terlalu ramai blog2 baru muncul. Tapi Maya tak salah mereka, cuma Maya terpikir sejenak adakah mereka berblog sebab niat nak dapat duit?

Maya mengalu2kan kedatangan blogger baru. Maya kagum kerana mereka masih lagi muda dan mempunyai banyak idea2 untuk dikongsikan bersama kita semua. Blog bagus untuk kita sebab blog ni menjadi tempat luahan ataupun menjadi e-diari kita. Tapi awas anda semua jangan pandai2 menghentam blogger2 lain. Setiap manusia ni berbeza sifatnya, jika anda ada pandangan anda kemukakan dengan niat yang baik.

Janganlah kerana nak uptrafik anda membuat perkara yang boleh menjatuhkan maruah bloga anda. Maya pun masih baru dalam blog ni. Jadi Maya akui memang susah nak bagi orang datang ke blog kita dan meninggalkan komen. Tapi andai ada orang mengomen di blog anda, pasti anda rasakan satu kepuasan pada diri anda. Ingat anda perlu berblog bukan sebab Nuffnang, sebab anda akan cepat putus asa bila income anda langsung tak bergerak.

Jadikan berblog tempat anda bercerita tentang kehidupan anda, ingat manusia mempunyai cerita dan kehidupan yang berbeza. Jadikan cerita dan kehidupan anda menjadi cerita untuk blog anda. Percayalah manusia suka membaca kisah hidup orang lain. Sebab membaca kisah orang lain kadang2 memberi satu pengalaman pada anda. Dan kadang2 boleh menginsafi diri anda.

Jadi sebagai menutupi entry ni, ubahlah niat anda berblog yea. Jom kongsikan bagaimana niat dan pandangan anda tentang berblog.




Omu_rice
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain