Sampah boleh bagi duit!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Omu nak berkongsi dengan korang pasal perjalanan hidup Omu semalam. Tak menarik pun cuma nak bagitau semalam Omu telah melunaskan hasrat Omu nak merasa duit dari sampah. Sampah ni adalah kertas2 dan buku2 yang terdapat dalam rumah Omu. Memang banyaklah penuh sebonet kereta ayah Omu. Omu kemas2 stor rumah Omu, pahtu berlambak2 la buku dan kertas2 lama. Omu kumpul satu tempat dan screening kertas2 yang patut dibuang.

Hampir 9 ikat kertas yang berat masing2 dalam 10kg. Omu timbang guna penimbang berat Omu.haha. Ada jugak kertas surat khabar berat hampir 13kg. Kat bawah ni gambar sepanjang mengangkat kertas ke penimbang besar kat KTC Metal :








Tengok mamat tu, dia senyum. Tak perasaan pun masa snap, dia senyum. Banyakkan buku2 dan kertas2 yang Omu bawak. Rendah kereta kejap, berat sangat. Selepas ditimbang berat semua tu 159kg! dan Omu dapatlah dalam RM47.70, ia dikira 0.30sen per sekg. Tak berbaloikan tapi nak wat caner, tak kan nak buang camtu jer, kurang2 hantar ke recycle dapat jugak duit.hehe.

p/s: pernah korang pergi recycle hantar kertas dan dapat duit? Jom kongsi2 cerita. Gambar ini credit dari hp awek adik Omu yang kat atas tu.
Teh C Special
Post a Comment

Ratings and Recommendations by outbrain